seismik

“Pakai Selipar Je” - Netizen Kagum Lihat Atuk 77 Tahun Ini Masih Steady Masuk Larian 104KM

Fuh! Sedangkan 5KM pun ramai yang dah tercungap-cungap, inikan pula 104KM.

Cover image via Twitter @hyaaleeya_

Sudah menjadi satu trend di kala ini untuk orang ramai menyertai acara larian. Malah, ada juga yang menjadikannya sebagai satu hobi dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Tidak dinafikan terlalu banyak acara larian yang boleh ditemui. Makin lama, makin banyak pula idea penganjur untuk menarik orang ramai dalam menyertai acara-acara sebegini. Antaranya adalah 'night run, music run, colour run, zombie run, women run, charity run' dan banyak lagi. 

Sebenarnya, seronok juga bila menyertai acara-acara seperti ini. Bukan sahaja orang ramai dapat mengamalkan gaya hidup sihat tetapi dapat juga bertemu kawan baru dan mengeratkan silaturrahim. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Bila bercakap soal larian, orang ramai akan beranggapan bahawa ini adalah acara orang muda. Jangan terkejut bila ada atuk berusia 77 tahun pun turut menyertainya.

Baru-baru ini, satu foto viral di Twitter yang dikongsi oleh Yimsterz, menunjukkan seorang atuk yang dikenali sebagai Wahid, 77 tahun menjadi salah seorang peserta larian 104KM ultra yang diadakan pada 2 dan 3 Februari lalu.

Pakcik Wahid berusia 77 tahun.

Image via Twitter @hyaaleeya_

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Bahasa:

"Pakcik Wahid, 77 tahun mencuba larian UiTM 104KM ultra. Dia mungkin tidak laju tetapi sangat bagus berjalan pantas di setiap hentian dan juga bukit-bukit. Jangan salah anggap, dia seorang yang berdedikasi dan tidak mengenal erti putus asa," tulisnya. 

Bagaimanapun, dipercayai dia gagal menghabiskan lariannya dan terpaksa berhenti pada 67KM kerana sakit kaki

Meskipun begitu, itu merupakan satu rekod yang menakjubkan untuk seseorang yang berusia 77 tahun!

Sementara itu, pengguna Twitter dikenali sebagai Hyaaleeya mengakui bahawa pakcik Wahid adalah datuknya

Kecekalan pakcik Wahid itu nyata memberi inspirasi kepada warganet

Respect habislah dengan atuk ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: