seismik

“Seronoknya Ada Ayah” - Gambar Bapa Teman Anak Merentas Desa Ini Sentuh Hati Ramai. Sweet!

Awhhh....sweet sangat!

Cover image via Twitter @Edlinsyazrin

Tahukah anda apa itu program larian merentas desa?

Larian ini merupakan salah satu acara tahunan yang wajib dijalankan semasa sesi persekolahan bermula di mana para pelajar dikehendaki berlari sejauh lima hingga 10 kilometer. 

Selain itu, merentas desa juga merupakan pembuka acara sukan tahunan yang akan dijalankan kelak. Namun begitu, mereka yang memiliki masalah kesihatan boleh dikecualikan daripada menyertai larian tersebut. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Terbaru, tular di laman Twitter menunjukkan foto seorang ayah yang menemani anaknya semasa larian merentas desa

Foto tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Edlin Syazrin dan setakat artikel ini ditulis telah mendapat lebih 15 ribu ulang kicau dan 20.3 ribu tanda suka.

"Aawhh sweetnya ayah dia temankan anak dia merentas desa lepastu bagi semangat sampai tolak motor semata mata tak nak anak dia putus asa aaa im crying semoga budak tu jadi anak yang soleh," tulisnya. 

Sementara itu, di ruangan komen kelihatan warganet turut berkongsi pengalaman sama semasa larian merentas desa

Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut meluahkan rasa terharu melihatkan foto-foto tersebut

Inilah bukti kasih seorang bapa terhadap anaknya!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: