seismik

Aunty Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman, Tapi Cara Lelaki Ini Tegur Pula Jadi Perhatian

Boleh pula dia bagi anjing dia main di situ ya.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, setiap kawasan perumahan pasti mempunyai fasiliti awam seperti taman permainan betul tak?

Ia adalah salah satu kemudahan bagi penduduk yang tinggal di kawasan tersebut, tambahan lagi jika ada anak kecil. Pasti mereka suka bila nampak taman permainan ini.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang aunty berbangsa Cina dengan selamba membawa anjing-anjing peliharaannya bermain di taman permainan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Lelaki 'bengang' tengok pemilik selamba biarkan anjing bermain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu sedang merakam saat di mana dia ternampak seorang aunty membawa anjing-anjingnya di taman tersebut.

Apa yang membuatkan dia lagi marah adalah apabila aunty itu dengan selamba membiarkan anjing-anjingnya itu bermain gelongsor di taman berkenaan.

Lelaki itu juga turut memberitahu tindakan wanita itu adalah salah dan menjelaskan bahawa pihak berkuasa turut melarang haiwan peliharaan berada di taman permainan.

Image via Twitter

"Tegur pun macam cari gaduh je. Tegur la elok elok" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang menegur agar lelaki tersebut untuk menegur secara elok-elok.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 146.2K views, 998 retweets dan 2,037 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Dia marah sangat kot sebab tiba-tiba tengok anjing pula main bukan orang :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: