seismik

Bagi Sesiapa Yang Belum Dapat KADS1M, Mungkin Permohonan Anda Hilang Dan Tak Direkod

Tahun ini, pelajar akan diberi kad debit KADS1M, bukan lagi BB1M.

Cover image via USMInfo

Pada Februari lalu, para pelajar institut pengajian tinggi mula memohon kad debit KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia) yang baru diperkenalkan tahun ini

Image via USMInfo

Kad debit KADS1M ini menggantikan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M), satu skim yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar.

Mulai tahun ini, para pelajar institusi awam (IPTA) dan universiti swasta (IPTS) tidak lagi menerima baucar buku bernilai RM250. Sebaliknya, mereka menerima wang bantuan sebanyak RM250 yang akan didebitkan secara terus ke dalam akaun Bank Rakyat.

Permohonan dalam talian untuk KADS1M telah ditutup pada 31 Mac 2017.

Image via wordpress.com

Walau bagaimanapun, sebilangan pelajar membuat aduan dan memberitahu bahawa mereka masih belum menerima apa-apa berita selepas memohon KADS1M

Image via Facebook

Ramai pelajar menyuarakan kekecewaan mereka di media sosial, mengatakan bahawa mereka tidak menerima apa-apa maklumat terkini mengenai status permohonan mereka.

Mereka menyedari hanya segelintir pelajar sahaja yang telah menerima KADS1M sejak permohonan itu dibuka kira-kira dua bulan lalu.

Difahamkan, Bank Rakyat akan memaklumkan kepada setiap pemohon melalui e-mel apabila kad telah siap untuk dikutip daripada cawangan Bank Rakyat yang telah dipilih oleh pemohon.

Susulan daripada kekeliruan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertindak untuk menjelaskan tentang perkara tersebut

Menurut kenyataan itu yang disiarkan di Facebook rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UMP, terdapat beberapa kesilapan sistem yang mungkin terjadi semasa proses permohonan dijalankan sehingga menyebabkan beberapa aplikasi hilang dan tak direkod.

"Sistem permohonan Bank Rakyat hanya serasi atau compatible dengan Mozilla Firefox. Terdapat kemungkinan di mana beberapa permohonan yang dibuat melalui pelayar web yang lain seperti Google Chrome atau Internet Explorer mungkin TIDAK direkodkan ke dalam sistem," kata kenyataan itu.

Image via thevocket.com

Jadi, macam mana nak tahu sama ada permohonan anda berjaya?

1. Hubungi nombor hotline Bank Rakyat di 1-300-80-5454 bila-bila masa dari jam 7.45am hingga 9.30pm pada hari Isnin hingga Jumaat. Pegawai di talian mungkin akan bertanya beberapa soalan bagi mengesahkan dan menyemak status permohonan anda.

2. Jika Bank Rakyat memberitahu permohonan anda TIDAK DIREKOD, jangan panik. Hantar permohonan anda melalui laman web Bank Rakyat dan pastikan anda menggunakan Mozilla Firefox sebagai pelayar anda untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

3. Jika permohonan anda telah direkod ke dalam sistem Bank Rakyat, jangan lupa untuk memeriksa e-mel anda secara berkala. Jangan panik jika anda tidak menerima e-mel ini kerana ia akan dihantar secara berperingkat. Menurut pemeriksaan oleh wakil UMP, Bank Rakyat akan menghantar e-mel ini selewat-lewatnya pada bulan September 2017. Harap bersabar ya semua.

Share dan sebarkan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih lanjut tentang KADS1M: