seismik

"Baju Kelakar" - Sempat Rakam, Gadis Kongsi Baju Kelawar Defect Ini Buat Netizen Terhibur

Betul-betul kelawar ni!

Cover image via @snh_________(TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perempuan dengan baju kelawar memang berpisah tiada

Kalau boleh memang nak pakai tak kira lah pagi, petang ataupun malam. Baju kelawar sememangnya selesa dan diminati ramai. Bukan saja para wanita, malah kadang kaum lelaki juga sangat teruja. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis berkongsi baju kelawarnya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:


Tersalah jahit baju sampai tiada bahagian untuk keluarkan tangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya memakai baju kelawar yang baru dibeli di biliknya. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia dilihat tidak dapat mengeluarkan tangannya kerana baju kelawarnya dijahit. Dia kemudian melakonkan gaya lucu seolah-olah sedang terbang seperti kelawar. 

"Ni kalau jalan laju sikit auto terbang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 781K tontonan, 105K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ada pula yang nak order sebab nak terbang ke bulan, adoi kelakarlah! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: