seismik

Bapa Didakwa Cabul Tiga Anak Perempuan Dengan 'Mengorek' Kemaluan Mereka

Kanak-kanak tersebut masing-masing berusia setahun, tiga dan lima tahun.

Cover image via Mailinfor

Seorang bapa tergamak mencabul tiga orang anak perempuannya, masing-masing berusia setahun, tiga dan lima tahun sejak tahun lalu

Image via Google

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa yang mendakwa tiga anak perempuannya dicabul oleh suaminya di rumah.

“Pengadu yang bekerja sebagai pegawai pemasaran mendakwa tiga orang anak perempuannya yang berusia setahun, tiga dan lima tahun dicabul oleh suaminya sendiri, lelaki berusia 32 tahun di rumah mereka di Semenyih, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff

Image via Berita Harian

“Hasil siasatan awal oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kajang mendapati, pada 26 Oktober lalu, wanita berkenaan dimaklumkan ibunya bahawa anak perempuannya yang berusia tiga tahun mengadu dicabul suspek," katanya kepada akhbar Harian Metro.

Dalam masa sama, anak perempuan yang berusia lima tahun juga memberitahu pernah diperlakukan perkara sama oleh suspek selain turut memberitahu pernah nampak suspek melakukan perkara sama kepada adik bongsu mereka yang berumur setahun.

Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa

Sebelum ini mangsa yang berusia 5 tahun pernah memberitahu neneknya bahawa kemaluannya sakit akibat ‘dicucuk’ suspek pada 2017, namun aduannya tidak diendahkan susulan daripada laporan doktor yang menyatakan bahawa tiada kesan mencurigakan pada waktu itu.

Image via Mailinfor

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Kajang pada 24 Oktober yang lalu mendapati bahawa terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa.

“Susulan itu, tangkapan ke atas suspek dibuat pada 11.45 pagi 25 Oktober lalu di tempat kerjanya di Sungai Long, di sini. Suspek ditahan dan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 26 Oktober untuk mendapatkan permohonan reman daripada Majistret," kata Ahmad Dzaffir.

Image via Google

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dengan cadangan suspek dituduh dibawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 2017.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: