seismik

Baru Nak Bakar Belacan, Wanita Disiasat Polis Sebab Jiran Perancis Adu Bau Macam Mayat

Tak pasti nak gelak ke nak kesian? Gelak jelah!

Cover image via Google

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

Bagi yang tidak tahu maksud peribahasa itu, ianya beerti, walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

Peribahasa ini mungkin lebih difahami dan dirasai oleh orang kita yang telah menetap di negara lain untuk tempoh yang lama.

Image via HDC Global

Ramai orang tempatan kita yang berhijrah ke negara orang, sama ada untuk melanjutkan pelajaran, ataupun untuk mencari rezeki.

Tidak kiralah yang mana satu, buat mereka yang tinggal di luar negara itu, terutamanya yang sudah lama tinggalkan negara, pasti akan tiba saat-saat yang mana tiba-tiba dia rasa rindukan tanah air.

Rindukan suasana di sini. Rindukan ahli keluarga dan sahabat handai di sini. Dan yang paling utama sekali, rindukan makanan di sini. Ye lah, makanan Malaysia tak sama dengan negara luar. Makanan Malaysia memang yang terbaik!

Bila dapat sahaja peluang untuk makan makanan Malaysia, memang itu antara perasaan yang paling seronok dan puas yang boleh dirasai seseorang yang telah lama tinggalkan negara.

Tapi kesian pula dengan kisah seorang wanita ini yang baru sahaja nak lepaskan gian untuk makanan Malaysia, tengok-tengok kena 'tahan' dengan polis di Perancis

Baru-baru viral di laman Twitter apabila seorang lelaki berkongsikan pengalaman yang dialami oleh kawan kepada isterinya yang menetap di negara Perancis.

Image via Google

Menurut pengguna @thezulfo, wanita itu yang berasa sangat gembira mendapat belacan, terus memilih untuk membakar belacan tersebut. Ikut tips orang dulu-dulu, kalau nak sedap, kena bakar belacan itu dulu, baru sambal belacan jadi lebih 'umph'!

Tapi belum sempat merasa belacan, wanita itu didatangi lalu disoal siasat oleh polis di negara itu gara-gara menerima laporan dari jiran bahawa terdapat bau mayat dirumahnya.

Siapa sangka tweet yang cukup simple itu terus menular dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dan terkesan dengannya. Iyalah, siapa tak rasa pelik bila bau makanan kita disamakan dengan bau mayat.

Walau bagaimanapun, @thezulfo telah memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kawan kepada isterinya itu.

Susulan tularnya tweet tersebut, rupa-rupanya ramai lagi pernah kena pengalaman yang sama yang membabitkan belacan

Bukan belacan sahaja, tapi ikan masin pun jadi mangsa!

Kalau buah durian dengan petai tu, tak terkejutlah kalau termasuk juga dalam list makanan yang tak digemari orang luar

Busuk, tak busuk. Makanan itu semua sedap, okay!

Tapi nak buat macam mana. Kita juga haruslah faham bahawa orang-orang di luar sana tidak berapa familiar dengan makanan-makanan kita. Sama juga dengan kita yang kadang-kala tidak gemarkan juga makanan mereka.

Almaklumlah, lidah semua lain-lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: