80% Pendeposit Tabung Haji Masih Belum Cukup Simpanan RM15,000

Syarat baru ini mengurangkan jumlah permohonan tangguh haji.

Cover ImageCover image via Berita Harian & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

80% daripada 4.1 juta pendeposit Tabung Haji masih belum mencapai simpanan minimum RM15,000

Simpanan minimum ini membolehkan seseorang pendeposit Tabung Haji (TH) itu diberi giliran menunaikan haji.

Dilaporkan oleh Berita Harian, Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengatakan angka itu sekali gus mencerminkan keperluan untuk semua pendeposit TH untuk membuat persediaan lebih awal.

"Kadar simpanan minimum RM15,000 bagi inisiatif Seruan Istito'ah mengambil kira kadar sama bagi jemaah kumpulan B40, berbanding kos haji sebenar bernilai RM33,300.

"Ia juga ditetapkan sebagai penanda aras tahap kesiapsiagaan simpanan pendeposit dalam mencapai istito'ah kewangan, iaitu pelan persediaan haji menyeluruh baharu, bertujuan memupuk budaya persediaan haji lebih awal,"
katanya.

SAYS.com
Image via Tabung Haji

Syarat baru ini berjaya merekodkan pengurangan mendadak bagi permohonan penangguhan haji

Menurut Zulkifli, penetapan syarat ini telah merekodkan pengurangan 18% dalam permohonan penangguhan haji dalam kialangan bakal jemaah.

Lebih 84,000 permohonan telah dibuat tetapi kuota haji setiap tahun sebanyak 31,600 jemaah sentiasa penuh.

"Pengalaman TH sebelum ini menunjukkan ramai bakal haji tidak membuat persediaan secukupnya apabila separuh daripada tawaran haji dimohon untuk ditangguhkan.

"Bagaimanapun, kadar ini menurun kepada hanya 18 peratus apabila TH mula menetapkan syarat simpanan RM15,000 untuk menerima tawaran haji dan membuat peringatan awal, seawal dua tahun kepada bakal jemaah.

"TH juga masih mengekalkan prinsip 'dahulu didahulukan' dan memberi masa lebih dua tahun sehingga 31 Disember 2028, bagi pendeposit berdaftar untuk meningkatkan simpanan mereka dan mengekalkan giliran haji,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Dua minggu lepas, Tabung Haji telah menetapkan syarat simpanan minimum RM15,000 untuk menunaikan haji di mana prinsip 'siapa dahulu, didahulukan' kekal digunakan dengat syarat minimum cukup.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: