Bridesmaid Jadi OKU Lepas ‘Prank’ Di Majlis Kahwin Rakannya Bertukar Tragedi
Mangsa kemudiannya dinilai mempunyai kecacatan tahap sembilan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengiring pengantin berusia 20 tahun kini mengalami kecacatan yang teruk selepas satu terlibat dalam sebuah gurauan di majlis perkahwinan
Pada 4 Oktober 2023, mangsa yang bernama Zhang, telah menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Henan, China ketika dia mengambil bahagian dalam upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai hun nao.
Amalan ini pada asalnya bertujuan untuk menghalau roh jahat dan mewujudkan suasana dalam majlis. Walau bagaimanapun, insiden ekstrem dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam upacara tersebut telah mendapat kritikan meluas.
Semasa majlis perkahwinan, pengapit pengantin lelaki Wang Moubing dilaporkan mencadangkan untuk melemparkan mangsa ke udara menggunakan cadar.
Walaupun kumpulan itu berjaya menangkapnya pada lambungan pertama, mereka gagal menyambut semasa percubaan kedua.

Amaran mak cik kepada pengantin lelaki untuk tidak melakukan aktiviti itu tidak diendahkan
Zhang menghabiskan 18 hari di hospital untuk dirawat kerana patah tulang belakang lumbar dan kemudiannya dinilai mempunyai kecacatan tahap sembilan.
Dia kemudiannya 'mengheret' pengantin baru terbabit dan sembilan individu lain ke mahkamah, menuntut pampasan sebanyak 270,000 yuan (RM163,000), menurut South China Morning Post.
Pada Julai, Mahkamah Daerah Ruyang memerintahkan defendan membayar sejumlah 230,000 yuan (RM139,000).
Pasangan itu diperintahkan untuk menanggung 40% daripada pampasan, berjumlah 90,000 yuan (RM54,000), kerana gagal menghentikan aktiviti berkenaan.
Wang diperintahkan untuk membayar 50,000 yuan (RM30,000), manakala lapan yang lain dipertanggungjawabkan bersama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via