seismik

Buat Video Khas Untuk Orang Yang Liat Bayar Hutang, Cara Lelaki Ini Bagi Hint Bikin Dekah!

Harap dia terasa.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut saja tentang hutang pasti semua orang pernah merasai dan melalui detik itu bukan?

Tidak kiralah hutang kereta, hutang pinjaman pelajaran ataupun hutang dengan rakan. Hutang adalah tetap dikira hutang. Tambahan lagi kita sebagai umat islam wajib untuk membayarnya jika mampu.

Tetapi, masih ada segelintir yang tidak mengambil kisah malah berbuat-buat lupa yang sebenarnya dia telah berhutang dengan seseorang. Memang rasa nak marah lah kan.

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter mengenai seorang lelaki membuat hint di dalam videonya kepada orang yang berhutang dengannya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bengang masih ada yang tak bayar hutang, saja buat 'hint' video

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di luar berlatarbelakangkan bara api.

Dia kemudian menerangkan jenis-jenis api antara api buatan manusia dan api neraka. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah di dalam penerangannya itu, dia banyak kali menyebut tentang orang yang tidak membayar hutang.

Malah, dengan reaksi mukanya yang selamba dia seperti geram dengan seseorang yang masih tidak membayar hutangnya itu.

"Siapa yang hutang dengan dia tolonglah bayar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan cara lelaki itu dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 17.7K views, 510 retweets dan 524 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau rasa ada hutang dengan seseorang tu, korang cepat-cepatlah bayar ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: