Che Ta Didakwa Kantoi Guna Kertas Kosong Untuk Nak Nampak Duit Berkepuk-Kepuk Dalam Video?
Tajam betul mata netizen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama pelakon cantik Rozita Che Wan tular baru-baru ini selepas dikaitkan dengan kontroversi hutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Menerusi laporan, barang yang disita dalam rumah pelakon sensasi Rozita Che Wan atau Che Ta yang bernilai tidak sampai RM100,000 akan dilelong dalam masa terdekat.
Namun, ia tidak menghalang pelakon terbabit aktif dalam sosial media miliknya dan sempat juga menjual pakaian terpakainya, 'preloved' secara live.
Malah, Che Ta kini sekali lagi menjadi perhatian dan bualan ramai selepas tular sebuah video yang mendakwa dia memegang wang 'kosong'.
Ramai dakwa nampak wang kertas RM100 dipegang Che Ta adalah 'kosong'
Menerusi video di akaun TikTok @mk_mediia, kelihatan pelakon berkenaan sedang memegang sejumlah wang yang banyak ditangannya dan memberitahu pengikutnya berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai.
Namun, ramai netizen yang mendakwa wang bernilai RM100 adalah wang kertas 'kosong' semata dan bukanlah tulen.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah:
Sebelum ini serbuan dikhabarkan dilakukan oleh pihak Mara ke kediaman Che Ta selepas pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!