seismik

"Dah Full Tank Tu Dik" - Ayah Sakan Nyanyi Dangdut, Tapi Pampers Si Anak Pula Curi Tumpuan

Bukan main lagi anak dia menari support ayah.

Cover image via @lensakuphotographykl (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, cara ibu dan ayah menjaga anak-anak memang berbeza

Walaupun ayah dikenali dengan sifat garang dan tegas, ada kalanya mereka juga boleh menjadi pelawak dan membuat anak-anak terhibur.

Seperti video yang tular ini memaparkan gelagat seorang lelaki menyanyi dangdut anaknya menari di sebelah telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah syok layan dangdut sampai tak perasan pampers anak dah penuh

Menerusi video yang dikongsi oleh @lensakuphotographykl, kelihatan lelaki itu sedang berada di ruang tamu rumahnya bersama anak lelakinya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat sakan menyanyi lagu dangdut sambil anaknya rancak menari di sebelah seolah-olah melayan lagu yang dinyanyikan oleh si ayah.

Namun, lebih melucukan lagi apabila pampers anaknya dilihat sudah penuh dan melayut ke bawah semasa dia sedang menari. Ayahnya tidak perasan dan masih meneruskan nyanyiannya membuatkan ramai terhibur.

"Abang tukar pampers anak dulu sebelum karok, barulah makin rancak haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 361.4K views, 29.4K likes dan 883 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pampers labuh pun tak ada hal dik, yang penting layan dangdut dulu :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: