seismik

"Diet & Death" - Seorang Wanita Ditemui Meninggal Dunia Akibat Terlalu Obses Untuk Kurus

Hmm...

Cover image via Imi Aruz/Facebook

Diet untuk bertujuan mengurangkan berat badan bukanlah bermaksud perlu membuang salah satu nutrisi yang diperlukan dalam badan seseorang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fajar Indonesia Network

Antara nutrisi yang diperlukan setiap individu adalah protein, lemak dan karbohidrat. Ia bagi memastikan badan anda dapat berfungsi dengan baik setiap hari.

Mungkin ramai individu yang masih menganggap bahawa untuk kurus, anda harus buang terus salah satu nutrisi penting yang diperlukan terutamanya karbohidrat. Tanpa disedari, ramai yang mengambil jalan singkat untuk kurus dengan cara 'extreme diet' dan boleh memudaratkan. 

Sebagai contoh, baru-baru ini seorang wanita berbangsa Cina telah meninggal dunia akibat terlalu obses untuk kurus sehingga mengamalkan cara diet tidak sihat

Perkongsian tersebut telah ditulis oleh seorang pengguna Facebook Imi Aruz yang juga kenalan mangsa.

Baca penuh di bawah:

Dia hanya makan buah, sayur dan produk soya. Malah, dia sangat takut untuk sentuh karbo dan gula.

DIET & DEATH.

Diet dgn cara sihat dan simbang. Kita tak tau bila kita boleh jadi paranoid. Aku nak share sikit cerita ttg diet yg bawa maut. Aku kenal perempuan cina ni umur 41thn dah 2thn. Masa baru kenal dia tak la kurus tahap tengkorak. Seiring waktu berjalan 2thn aku perasan dia makin kurus jalan pun makin tak bermaya.

Dia seorang architect. Antara pelajar terpandai dlm jurusan itu. Dia ada master degree in architecture. Dia bujang. Dia ni rasa diri dia gemuk padahal tinggal kulit dgn tulang. Aku yg gemuk ni dia kata kurus dan dia selalu nak lanje aku makan sedangkan dia sendiri tak makan sangat. Korang nak tau diet dia apa???

Dia cuma makan buah sayur dan soya product. Dia terlalu takut carbo. Aku selalu ingatkan dia dan nasihatkan dia suruh makan cam biasa tapi dia tak dgr. Dia punya daily rutin pagi kul 6.30-9pagi cycle dan treadmill kat gym. Pastu dia kluar. Maghrib dia balik dia tumpang barang dia kat budak guard aku dia pegi lagi gym kat clubhouse seberang jalan... dia senam lagi 1 jam. Senam tak salah kot tapi dia tak makan cukup. 

Dia NO SUGAR NO CARBO freak sampai tahap MENTAL.

Pada bulan Disember tahun 2019, wanita tersebut ditemui tergolek di sebuah gimnasium selama dua jam tanpa disedari orang ramai.

Sehinggakan...

On 29th Dec 2019 aku terjumpa dia tergolek kat gym kat condo dah 2 jam takde org perasan. Aku call ambulance. Paramedic dtg trus test blood sugar. Korang nak tau berapa reading dia? 1.9 je HYPOGLYCEMIA. (For the majority of healthy individuals, normal blood sugar levels are as follows: Between 4.0 to 5.4 mmol/L (72 to 99 mg/dL) when fasting. Up to 7.8 mmol/L (140 mg/dL) 2 hours after eating). 

Dorang bawa pi spital. Malam tu dia kluar spital dia balik aku marah dia. Dia kata ok ok je. Lat 2 minggu aku jumpa dia lagi muka semua lebam. Aku tanya pe hal....dia jawap jatuh lagi. Again aku nasihatkan dia. Aku cakap aku worry pape jadi kat dia takde org tau sal dia tinggal sendiri. Last dia kasi aku no adik dia dgn pesanan....

"IF YOU DONT SEE ME IN THE GYM FOR MORE THAN 2 DAYS PLS CALL THIS NO. AKU OK JE."

Paling menyedihkan, pada awal tahun ini iaitu bulan Februari yang lepas, wanita tersebut telah ditemui maut di rumahnya

On the 26th Feb 2020 aku dtg check site aku tanya budak guard aku apsal aku tak nampak dekni kat gym. Dah berapa hari budak² aku tak nampak dia on her daily gym routine. Budak aku jawab dalam 2/3 hari. Apalagi aku trus suruh budak aku call no yg dia kasi. Dlm 1 jam parent dia sampai trus naik rumah dia.

Apa yg sedihnya dia dah jadi mayat. Dah hitam dah mayat dia mata terbukak terbaring dlm rumah.

Image via Facebook
Image via Facebook

Kesimpulannya di sini, janganlah terlalu obses untuk kurus sehingga mengambil jalan mudah dan mengamalkan gaya hidup tidak betul.

Bahaya untuk diri sendiri juga.

Apa yg aku nak cakap kat sini....semua org nak cantik nak slim langsing kurus. Tapi PLEASE jgn sampai jadi PARANOID TAKUT MAKAN CARBO DAN SUGAR. Maaf aku bukan pakar diet aku sendiri sedang cuba diet dah try a few diet plans. Tapi bila aku handle kes dekni aku mula berfikir utk ubah dan belajar cara diet yg betul dan sihat. 

Maaf dlm kita sibuk nak kurus kadang kita tak sedar kita jadi paranoid sampai jadi mental illness. K lah ni je aku nak share semoga jadi bermanfaat buat kita semua utk kita renungkan. Satu lagi sape yg percaya diet tanpa senam sehari kena minum air sampai 3-4L korang fikir dan selidik baik². 

Minum ikut kadar activity kita. Kalau tak senam togok air je tak pasal² darah jadi dilute bin cair they call it HYPONATREMIA (overhydration)...effect dia garam dan electrolytes dalam badan akan menjadi cair dan sodium jadi rendah. Kematian dari Hyponatremia jarang berlaku tapi boleh terjadi. MAAF kalau aku salah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: