Dikenali Dengan Tagline 'Lisa Rawr', Pemuda Ini Dedah Pernah Nak Buat Plastic Surgery
"Hebat dia ni, educated person" - Warganet.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda biasa bermain TikTok, pasti anda mengenali pemuda yang popular dengan nama Lisa Rawr bukan?
Dia sering membawa watak seperti wanita dengan memakai rambut palsu dan makeup untuk dijadikan sebagai content di TikToknya.
Walaupun sudah lali dengan kecaman orang ramai yang menyuruhnya kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan sebagainya, siapa sangka rupa-rupanya terselit kisah sedih di sebalik kehidupan pemuda itu.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Ibu sudah tiada sejak darjah 3, ayah pula dah kahwin baru
Menerusi video yang dikongsi oleh akaun TikTok @memes.puaka yang memaparkan temu bual bersama pemuda bernama Araf Aziz, pemuda itu pada mulanya menjelaskan bahawa dia kehilangan ibu sejak dari sekolah rendah lagi.
Manakala, ayahnya pula sudah berkahwin lain. Apa yang menyentuh hati ramai adalah apabila dia menyentuh soal kekurangan di wajahnya.
Bukan saja mengalami masalah pendengaran, malah dia juga memiliki kekurangan di bahagian bibir iaitu sumbing.
Jelasnya, dia pernah terdetik untuk melakukan plastic surgery terutamanya di bahagian hidung. Namun begitu, lama-kelamaan dia memutuskan untuk menerima saja kekurangan dirinya itu.
"Cara dia bercakap memang sopan, tuan bijak juga rupanya. Mungkin dalam TikTok hanya content saja. Good luck Araf" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 1.5M views, 125.2K likes dan 2.6K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan rasa simpati kepadanya.
Malah, ramai yang kagum dengannya kerana memiliki Ijazah Sarjana Muda dan mempunyai tutur kata yang sopan serta personaliti yang bagus.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!