seismik

"Tepung Gantung?" - Aksi Lelaki Ajar Masak Ayam Geprek Guna Ayat Merapu Ini Jadi Fenomena

Ayam dipocong-pocong pun boleh.

Cover image via @arief_why1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, media sosial merupakan platform terbaik untuk kita berkongsi ilmu tidak kiralah topik apa sekali pun

Pada awalnya, mungkin kita hanya memuat naik video sebagai suka-suka saja. Namun, siapa sangka jika konten itu menarik, ia boleh menjadi viral di seluruh negara.

Sama seperti sebuah video seorang lelaki dari Indonesia ini apabila dia mengajar cara untuk memasak ayam geprek telah mencuri tumpuan ramai gara-gara ayat pelik yang digunakannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@arief_why1 Balas @luvbrcs Ni Sudah buat Bosqoe,Ayam Geprek#myfoodie #resepisimple #masakan suara asli - arief_why1

Guna ayat pelik semasa mengajar cara memasak, tak pasal-pasal jadi fenomena sampai ke Malaysia

Menerusi perkongsian video daripada @arief_why1, kelihatan lelaki itu sedang mengajar cara untuk memasak ayam geprek kepada pengikutnya di TikTok.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia menggunakan ayat pelik seperti "ayam dipocong-pocong", "gayam secukup rasa", "tepung gantung" dan sebagainya.

"Terhibur dengar penerangan siap ada tazkirah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.4M tontonan, 94K tanda suka dan 8.9K perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang menggunakan dialog merapu semasa berkongsi resepi tetapi mesejnya tetap sampai.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mengancam pula tengok ayam geprek dia, kecur air liur! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: