seismik

Diminta Buka Mask Sebab Nak Bergambar, Tapi Mak Mentua Pula 'Panik' Pergi Tanggal Cincin

Bila dah panik semua boleh jadi.

Cover image via @farishabalqis19 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari pertunangan adalah hari yang pasti menggembirakan kita kerana pada saat ini kita sudah di 'tanda' oleh pasangan untuk ke langkah seterusnya

Pasti persiapan pertunangan juga banyak yang perlu dilakukan seperti hantaran, pelamin dan sebagainya. Iyalah, mestilah nak jadikan sebagai kenangan betul tak?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang mak mentua ketika di majlis pertunangan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farishabalqis19

Boleh pulak dh sarung cincin lepastu cabut balik aaaaaa sho cute lah my future mother in law ##fyp ##engaged

Oh No - Kreepa

Mak mentua tanggal balik cincin sebab nak buat lagi sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu sedang berlangsungnya sebuah majlis pertunangan di sebuah rumah.

Seperti biasa, kebiasaannya ibu mentua akan duduk di pelamin bersama bakal menantunya untuk disarungkan cincin. Mak mentuanya itu pun duduk di atas dan menyarungkan kepadanya.

Tetapi, selepas saja dia menyarungkan cincin, jurugambar meminta dia untuk membuka face mask buat seketika kerana ingin bergambar.

Akibat terlalu ‘panik’, wanita itu dengan selamba menanggalkan kembali cincin yang telah disarungkan dan melakukannya semula.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@farishabalqis19

Reply to @arabellaz Alhamdulillah sah jadi tunangan orang

Beautiful in White - 2romance

"Ahaha siapa yang gugup sekarang ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan gelagat mak mentuanya itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 113.6K views, 6,954 likes dan 109 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, nervous pula ya. Takpe boleh take 2 lagi :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: