seismik

[VIDEO] "Human Calculator" - Cara Pak Cik Kedai Ini Kira Makanan Curi Tumpuan Netizen

Laju betul dia kira.

Cover image via @adlinazohdi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui, restoran dan kedai makan kini sudah boleh mula beroperasi seperti biasa dengan syarat anda mestilah lengkap dua dos vaksin

Setelah sekian lama terkurung di rumah, perasaan rindu nak makan di restoran itu mesti muncul kan. Jadi, tidak hairanlah kenapa restoran sering penuh.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pak cik mengira makanan di kedainya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adlinazohdi

Ore kelate mesti pernah mari sini kann cer teka restoran mana ##fyp ##fyp

original sound - Adlina Zohdi

Rileks kira harga makanan dengan laju

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi aksi seorang pak cik mengira ketika dia baru selesai makan di salah sebuah restoran.

Kelihatan pak cik itu pada awalnya melihat makanan tersebut sebelum dia mengambil sedikit masa untuk mengira harga semua makanan itu.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah caranya mengira yang sangat laju dan memberikan jumlah harga makanan itu yang telah menarik perhatian ramai.

"Sifir ni orang lama je tahu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama ke kedai itu. Ada juga yang memberikan pelbagai reaksi mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 393K views, 18.5K likes dan 388 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Power betul ya pak cik ni. Macam tu je dia kira :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: