seismik

"Dipenjara 15 Tahun & 3 Sebatan" - Bapa Anak Tiga Rogol Anak Kenalan Umur 12 Tahun

Pendakwaraya mohon hukuman berat kerana mangsa mempunyai hubungan rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh.

Cover image via NSTP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol anak kenalannya, tahun lalu

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merupakan seorang bapa kepada tiga anak didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Tanjong Karang pada 4 pagi, 6 Februari 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh kerana kesalahan itu membabitkan mangsa bawah umur.

“Mangsa juga mempunyai hubungan rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh. Sebagai orang dewasa sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berumur 12 tahun,” katanya.

Image via Buletin TV3

Bagaimanapun, peguam Izzat Amir Saharudin yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan mengambil kira ia kesalahan pertama tertuduh dan masih mempunyai tiga anak masih kecil.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: