seismik

Disangka Cuba Bunuh Diri Waktu Bekerja, Kasihan Juruteknik Ini Diserbu Bomba & Polis!

Semuanya terjadi gara-gara video yang dirakam menunjukkan seorang invividu seperti ingin terjun bangunan.

Cover image via Twitter @acapgiga

Satu insiden lucu telah berlaku baru-baru ini melibatkan seorang juruteknik yang disangka ingin membunuh diri walhal sebenarnya dia sedang bekerja

Semuanya bermula apabila Asyraf Azlin, 24, yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di bumbung sebuah hotel di Kuala Lumpur secara tiba-tiba dihubungi pengurus hotel lalu bertanyakan tentang keadaan dirinya.

Asyraf yang kehairanan dimaklumkan oleh pengurus hotel itu yang dia telah menerima laporan bahawa ada individu cuba membunuh diri dan dia menyangka Asyraf adalah orangnya, semua gara-gara satu video yang dirakam diatas bangunan berkenaan.

Pada ketika itu, pihak bomba serta polis sudah pun tiba di lokasi kejadian dan bersiap sedia di bahagian bawah bangunan hotel untuk mencari mayat. Menurut Asyraf, dia kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan insiden.

Kronologi insiden 'cubaan bunuh diri' telah dikongsikan sendiri oleh Asyraf melalui akaun Twitter miliknya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Asyraf yang ingin berbuka puasa bersama keluarganya pada hari kejadian terpaksa membatalkan niat tersebut gara-gara salahfaham itu

Selepas dilepaskan oleh pihak polis, Asyraf kembali ke lokasi kejadian untuk melakukan 'siasatan' sendiri

Rupa-rupanya individu yang dirakam itu bukan dirinya tetapi...

Asyraf siap kongsi lagi perbualan dia dengan pengurus hotel itu sebelum dibawa ke balai polis

Jadi keliru pula siapa sebenarnya individu dalam video tersebut

Walaupun kelihatan lucu, namun Asyraf sebenarnya khuatir nama serta mukanya sudah tercalar ekoran salahfaham ini

Jangan risaulah, Asyraf. Semua pasti baik-baik sahaja!

Image via Gif Finder

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: