seismik

Tawaran Diskaun 50% Saman Trafik Kepada Penduduk KL Sempena Krismas Ini!

Bayar, jangan tak bayar!

Cover image via Astro Awani

Berita baik kepada penduduk di Kuala Lumpur.

Kaunter bayaran saman diskaun 50% bakal dibuka pada bulan Disember ini!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran kepada pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi.

Image via Berita Harian

Dalam satu poster yang dimuat naik di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Bagaimanapun saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah serta saman berkaitan lori.

Untuk makluman, tawaran ini juga adalah sempena dengan Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya

Sehubungan dengan itu, boleh rujuk kepada poster di bawah:

Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda masih mempunyai saman yang belum diselesaikan!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: