seismik

TNG eWallet Perkenal ‘Street Parking Payment’, Bayar Parking Tak Perlu Korek Syiling Dah!

Ini baru lebih mudah. Hassle-free orang kata. :)

Cover image via tngdigital

Menyampah tak bila park kereta di tepi-tepi jalan, lepas tu kena saman? Tiba-tiba je 'surat cinta' dari abang-abang MPSJ, DBKL dan sebagainya ada di cermin kereta.

Image via Tenor

Melayang duit bila kena saman. Bukan murah kalau nak bayar, paling-paling pun kalau bayar awal dapatkan RM30, tapi kalau tertangguh nak bayar, boleh naik sehingga RM300 ya.

Habis.

Berita baik untuk anda yang jenis on the move dan selalu letak kereta tepi jalan untuk pergi ke mana-mana. Lepas ini tak perlu lagi bayar guna mesin bayar parking tu.

Sebabnya...

Image via TNG eWallet

Touch 'n Go eWallet kini memudahkan transaksi bayaran tempat letak kereta dengan ciri 'street parking' baharu. Menariknya!

Selain pembayaran tol, Touch 'n Go eWallet menawarkan lebih banyak kemudahan mobiliti untuk memberikan perjalanan yang selesa kepada pengguna jalan raya. Kini, Touch 'n Go eWallet telah menyediakan kemudahan pembayaran tempat letak kereta ‘street parking’ di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat Selangor dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Touch 'n Go eWallet kini bekerjasama dengan majlis perbandaran lain di seluruh Malaysia untuk menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran tempat letak kereta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rojak Daily

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata, "Kami ingin membina kehidupan yang lebih mudah dan selesa untuk rakyat Malaysia. Inilah sebabnya kami telah memperluaskan perkhidmatan sedia ada dengan memperkenalkan kemudahan transaksi pembayaran tempat letak kereta ini."

Malah, dia juga menjelaskan bahawa dengan kemudahan baru ini, setiap pengguna boleh berurusan dengan selesa kerana dapat mengurangkan pengendalian tunai dan masa menunggu untuk mencari mesin pembayaran letak kereta.

Bukan itu sahaja, Touch 'n Go eWallet juga sedang menganjurkan 2 promosi untuk memberi ganjaran kepada para pengguna yang menggunakan kaedah tanpa tunai

Dua promosi tersebut adalah seperti di bawah:

1) Kempen pulangan tunai RM3:

Mulai sekarang hingga 31 Disember 2019, pengguna Touch 'n Go eWallet boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM3 apabila menggunakan ciri ‘street parking.

Promosi ini terhad kepada lima (5) pulangan tunai sahaja (jumlah terkumpul maksimum adalah sehingga RM3.00) setiap bulan bagi setiap pengguna sepanjang tempoh promosi. Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Touch 'n Go eWallet pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.

2) Kempen cabutan bertuah:

Mulai sekarang hingga 22 Disember 2019, para pengguna berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ‘Park & Win’ apabila menggunakan ciri ‘street parking’ sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu sepanjang tempoh promosi.

Pengguna yang layak juga berpeluang memenangi dua (2) tiket Tayangan Perdana TGV
untuk menonton mana-mana filem. Hadiah termasuk satu (1) kombo popcorn di TGV Cinemas.

Pemenang akan dipilih secara rawak dan para pengguna hanya perlu memastikan kriteria di atas dipenuhi. Sebanyak 20 pemenang akan diumumkan setiap minggu melalui laman web rasmi TNG eWallet dan/atau media sosial iaitu Facebook.

Terbaiklah Touch 'n Go eWallet!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lazada pun boleh dibayar menggunakan Touch 'n Go eWallet ya!

Leave a comment