seismik

'Shopping' Di Lazada Kini Boleh Dibayar Guna Touch 'N Go eWallet. Eh, Senangnya!

Ahhhhh, hidup akan jadi lebih mudah! :D

Cover image via Google

Berita baik buat pengguna tegar Touch 'n Go eWallet dan Lazada!

Image via Zeno Group

Buat kali pertamanya, penyedia eWallet terbesar Malaysia iaitu Touch 'n Go eWallet akan menambah peniaga runcit dalam talian pertama negara sebagai rakan peniaga terbaru iaitu Lazada Malaysia. Lebih kurang lima juta pengguna Touch 'n Go eWallet kini boleh menggunakan kaedah pembayaran baru ketika membeli belah di Lazada.

Hanya dengan memilih Touch 'n Go eWallet pada aplikasi Lazada untuk pembayaran, pengguna Touch 'n Go eWallet kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih cepat, lancar dan bernilai.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, mereka bangga memperkenalkan Lazada Malaysia sebagai rakan kongsi yang pertama

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd.

Image via Zeno Group
Image via Zeno Group

Beliau turut menjelaskan bahawa di Malaysia, pasaran dalam talian mempunyai 16.5 juta pengguna. Jumlah ini juga merupakan separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk dan merupakan pasaran sasaran yang besar.

"Kami tahu rakyat Malaysia suka membeli-belah dalam talian kerana ianya mudah, cepat, malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Oleh itu, dengan kerjasama bersama Lazada Malaysia ini, kami menawarkan semua pembeli kaedah pembayaran yang lancar dan juga selamat," kata Ignatius Ong.

Lebih menarik, anda juga boleh mendapatkan diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM50 bermula dari hari ini, 29 hingga 31 Oktober 2019!

Dengan perbelanjaaan minimum RM50 menggunakan Touch 'n Go eWallet, anda boleh tebus Baucar Bayaran Koleksi RM5 melalui aplikasi Lazada dari 29 hingga 31 Oktober 2019! Menarik bukan? Anda semua boleh mula untuk menggunakan Touch 'n Go eWallet untuk dijadikan sebagai kaedah pembayaran ketika membeli-belah di Lazada.

Pengguna eWallet juga boleh menikmati lebih banyak tawaran hebat, selain daripada pembelian runcit seperti tiket filem dan penerbangan, membeli-belah, tambah nilai telefon, hiburan dan tawaran F&B.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi eksklusif Touch 'n Go eWallet di Lazada, layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau log masuk ke www.facebook.com/touchngoewallet/

Image via Lazada Malaysia
Image via Lazada Malaysia

NOTA: Terhad kepada 3,000 transaksi dan setiap pengguna Touch 'n Go eWallet berhak menerima (1) diskaun RM5 sepanjang tempoh promosi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment