seismik

Topeng Muka 'Laku Keras', Lazada Jual Lebih 36,000 Unit Dalam Masa Kurang 48 Jam

Pembersih udara pun laku!

Cover image via BERNAMA & Amazing Nara

Hujung minggu lalu, Lazada mencatat jualan lebih 36,000 unit topeng muka dalam masa kurang 48 jam semasa 'Keep The Haze Away Sale'

Image via Lazada

Laman web Lazada menerima ribuan kunjungan rakyat Malaysia pada 15 dan 16 September lalu apabila jerebu mencapai tahap IPU "Sangat Tidak Sihat" melebihi 230 di seluruh negara.

'Keep The Haze Away Sale' adalah usaha Lazada untuk menurunkan harga topeng muka dan produk kawalan kualiti udara yang lain, ketika permintaan dan harganya meningkat di tempat lain.

"Pelanggan kami sangat penting kepada kami, dan kami mahu melakukan sesuatu untuk membantu rakyat Malaysia selamat pada masa ini," kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Jualan itu mencatat kunjungan rakyat Malaysia sebanyak 66 kali ganda pada bahagian 'Aksesori Kesihatan'

Sepanjang dua hari tersebut, topeng muka terjual 18 kali ganda lebih banyak, berbanding jualan hari biasa, dengan diskaun purata sehingga 56% daripada harga biasa.

Topeng muka jenis N95 adalah antara yang disyorkan.

Image via SAYS

Jualan pembersih udara atau air purifier juga meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa, dengan jenama dan penjual yang mengambil bahagian menurunkan harga purata sebanyak 20% daripada harga runcit.

Pembersih udara juga merupakan antara 3 barangan yang paling dicari di bawah kategori 'Rumah Tangga', manakala di TechMall, produk jenis ini laris terjual dalam masa 20 jam pertama jualan.

Dalam pada jualan topeng muka sedang meningkat mendadak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata tindakan boleh diambil kepada mana-mana pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Image via BERNAMA

“Harga runcit bagi topeng muka yang digunakan untuk perubatan atau pembedahan ditetapkan di antara 20 sen hingga 80 sen seunit di mana perbezaan harga itu bergantung pada lapisan topeng muka berkenaan.

“Bagi topeng muka N95 pula bernilai RM6 seunit.

“Pihak kami akan sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan berkala terutama di premis berkaitan dalam memastikan peniaga mematuhi syarat yang ditetapkan," tegasnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan setakat manusia, haiwan juga terkesan dengan jerebu:

Lagi tentang jerebu:

You may be interested in: