Elakkan ‘Kematian Kot’, Doktor Muda Ini Kongsi Posisi Tidur Bayi Yang Betul. Take Note!
Take note ya para ibu bapa.
Cover image via Twitter @HausofHiltonAnda pernah dengar tak mengenai sudden infant death syndrome atau SIDS?
Kepada mereka yang tidak tahu apa itu SIDS, ia adalah kematian mengejut melibatkan bayi sihat yang berusia kurang setahun.
Sudah beberapa kematian dilaporkan media melibatkan SIDS ini. Selain itu, ia turut dikenali sebagai kematian di tempat tidur kerana hampir kesemua kematian melibatkan bayi berlaku semasa tidur.
Memetik Mayo Clinic, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan SIDS. Antaranya adalah faktor fizikal, tempat tidur, risiko dan juga ibu bayi itu sendiri.
