seismik

"Drama In Real Life" - Budak Perempuan Berlakon Menjiwai Watak Siti Saleha Curi Tumpuan

Amboi, berbakat!

Cover image via @missanihere (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang mempunyai bakat terpendam masing-masing yang perlu diserlahkan

Ada yang boleh berlakon, menyanyi, berjoget dan banyak lagi. Bakat terpendam itu semestinya sesuatu yang perlu dibanggakan. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan berlakon watak Siti Saleha telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sakan berlakon siap 'attack' kakak dalam bilik

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang berlakon sambil membimbit beg tangan ibunya di bilik. 

Dia dilihat sakan berlakon watak Siti Saleha dalam sebuah drama. Dengan penuh beremosi, dia berlakon sambil menuju ke arah kakaknya untuk dijadikan 'mangsa'.

Dia pegang kuat bahu kakaknya sambil menggoyangkan tanda marah dan geram. Lebih melucukan lagi apabila dia dilihat ingin keluar daripada situasi itu dengan pergi ke arah belakang langsir. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Ingat keluar pintu, rupanya masuk belakang langsir" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 697K tontonan, 82K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan si cilik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Amboi dik, berbakat betul ya. Bolehlah lepas ni join pencarian pelakon cilik! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: