seismik

Dua Kereta Disimbah Cat, Ahlong Mohon Maaf Salah Target

Yang tak tahu apa-apa yang jadi mangsa.

Cover image via Nazihah Suliman

"Minta maaf salah simbah cat."

Image via Nazihah Suliman

Itulah penjelasan yang diperolehi oleh Nazihah Suliman, 28 selepas menghubungi nombor yang ditinggalkan pada tembok rumah jirannya itu berkenaan cat merah yang disimbah pada dua buah kereta milik adiknya serta seorang lagi rakan yang datang menziarah.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam, Selasa lalu di Taman Puchong Perdana itu hanya disedari oleh Nazihah selepas dihubungi oleh jirannya.

Beliau baru sahaja kehilangan seorang ibu dan baru selesai majlis tahlil ketika dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

"Kami sekeluarga tidak sempat rehat selepas majlis pengebumian arwah ibu, jiran telefon pula beritahu ada sesuatu terjadi pada kereta yang saya parkir di sebelah rumah.

"Apabila keluar, saya terkejut apabila mendapati kereta Nissan Sentra dan Perodua Bezza milik rakan yang datang menziarah, dipenuhi cat merah," katanya lagi.

Mereka percaya kejadian itu adalah angkara ahlong kerana menurut Nazihah, ia kejadian kali kedua yang berlaku di rumah jirannya itu

Image via Nazihah Suliman
Image via Nazihah Suliman

"Sebelum ini, mereka (Ahlong) pernah datang dan simbah cat. Tidak sangka Selasa lalu, saya pula jadi mangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, individu yang bertindak menyimbah cat itu ada meletakkan nombor telefon pada tembok pagar rumah jirannya itu

Image via Nazihah Suliman

"Ini perbuatan ahlong dan saya hubungi nombor yang ditampal itu.

"Bagaimanapun, lelaki itu menjawab dia tersalah sasaran dan memohon maaf," katanya.

Bercerita lanjut berkenaan kereta yang diparkir di hadapan rumah jirannya. Nazihah berkata, jirannya sudahpun memberikan kebenaran.

"Rumah sebelah disewa warga Indonesia, jadi mereka tidak mempunyai kereta. Pemilik rumah benarkan saya parkir.

"Saya difahamkan ada individu menggunakan alamat itu untuk meminjam wang Ahlong, namun kereta adik dan rakan saya jadi mangsa disimbah cat merah," katanya.

Nazihah berkata, beliau mengambil masa selama lebih kurang tiga jam bagi membersihkan cat itu.

"Kalau hantar ke kedai pasti kosnya tinggi. Jadi, saya gunakan minyak petrol untuk cuci tompokan cat,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: