seismik

Durian Papa Muda Di Kajang Tarik Perhatian Ramai, Tampilkan Abang Sado Sebagai ‘Pelaris’

Sado ya bang.

Cover image via @durianpapamuda (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim durian kembali lagi, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan raja buah ini

Banyak gerai yang menjual durian kita boleh lihat sekarang dengan pelbagai tarikan serta promosi yang diberikan.

Namun, lain pula dengan sebuah gerai di Kajang, Selangor ini yang mencuri tumpuan ramai di media sosial kerana meletakkan 'pelaris' di kedai berkenaan.

Abang sado jadi tarikan utama

Menerusi video di TikTok, gerai durian yang diberi nama Durian Papa Muda itu memaparkan peniaga lelaki bertubuh sado yang menjadikan gerai tersebut menarik kedatangan pelanggan ke situ.

Menurut laporan Harian Metro, salah seorang peniaga, Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady atau dikenali Irfan berkata, dia bukan sengaja tidak berbaju untuk 'menayang' badan dengan niat mahu tular atau menarik kedatangan pelanggan ke gerai.

Sebaliknya, Irfan berkata video dirakam dan dimuat itu adalah ketika dia sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

"Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.

"Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk 'content' (bahan perkongsian) di TikTok.

"Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja," katanya.

Lihat video itu di bawah:

Pandai kedai durian guna 'pelaris' ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: