seismik

Ekspedisi 'Kayuhan Ke Mekah' Bersama 4 Peserta Ini Demi Mengharumkan Nama Malaysia. Tabik!

Jumlah jarak perjalanan untuk ekspedisi ini ialah 11,394 km.

Cover image via NGO Hub Asia

Ekspedisi Kayuhan Ke Mekah ini ialah bertujuan untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah pada tahun 2019 dengan cara mengayuh basikal selama sembilan bulan

Misi ini dianjurkan oleh Ekspedisi Hujj Enterprise.

Image via NGO Hub Asia

Untuk pengetahuan anda, salah satu misi ekspedisi Kayuhan Ke Mekah ini ialah untuk menyuntik semangat dalam kalangan generasi belia dan juga warga emas yang beragama Islam di Malaysia.

Ianya juga untuk membuatkan mereka lebih berani melakukan aktiviti berfaedah namun tidak bercanggah dengan nilai dan ajaran Islam. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu usaha untuk mereka mengharumkan nama Malaysia.

Seramai empat orang peserta warga emas bakal menjayakan ekspedisi ini dan ianya mengambil masa selama 9 bulan. Para peserta juga akan pulang kembali ke Malaysia selepas selesai mengerjakan ibadah.

4 peserta warga emas berumur 72 tahun hingga 51 tahun akan berkayuh dari Malaysia hingga ke Mekah melalui 8 buah negara seperti Thailand (1590 KM) - Myanmar (1504 KM) - Bangladesh (573 KM) - India (2857 KM) - Pakistan (1522 KM) - Iran (957 KM) - UAE (959 KM) - Saudi Arabia (1432 KM).

Jumlah jarak perjalanan ialah 11,394 KM.

Gambar sekadar hiasan

Image via Warisan Semasa

Bukan setakat itu sahaja, ekspedisi ini juga merupakan satu madah kepada mereka untuk mengumpul dana dan memberikan khidmat bakti kepada 5 Rumah Warga Emas di seluruh Semenanjung Malaysia.

Mereka semua juga turut berhasrat untuk memberikan inspirasi dan memperkasakan rakan-rakan warga emas yang lain untuk lebih produktif dan sihat seperti mereka.

Selain itu, antara mesej berguna lain yang ingin disampaikan ialah warga emas ini masih mempunyai potensi dalam diri mereka dan perlu ditonjolkan kepada masyarakat di luar sana.

Antara objektif misi Kayuhan Ke Mekah ini ialah:

Keempat-empat warga emas ini ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa warga emas bahawa usia emas mereka sepatutnya digunakan untuk terus berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Selain itu, para belia Malaysia juga perlu tahu bahawa mereka sepatutnya sedar akan potensi diri mereka dan berusaha untuk mencabar diri mereka melakukan sesuatu yang mustahil di mata dunia.

Ini merupakan maklumat tentang peserta warga emas yang mengambil bahagian dalam ekspedisi Kayuhan Ke Mekah:

1) Che Saad bin Nordin - Beliau berumur 68 tahun dan merupakan Ketua Ekspedisi ini, seorang bekas wartawan sambilan di akhbar Utusan Melayu dari tahun 1982 hingga 1992. Beliau mempunyai pengalaman berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak 8 kali dengan jarak merangkumi 20,000 KM.

2) Muhamed bin Zainol Abidin - Beliau berumur 62 tahun dan juga merupakan bekas wartawan akhbar Berita Harian dari tahun 1982 hingga 2017. Mempunyai pengalaman berkayuh sejauh 12,000 KM dan dengan kebolehan beliau menguasai 6 bahasa, beliau merupakan aset terpenting di dalam Ekspedisi ini.

3) Abdul Halim bin Talha - Beliau berumur 51 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM). Beliau pernah menyertai pelbagai kejohanan berbasikal dan sangat berpengalaman dalam selok belok dunia berbasikal.

4) Wan Hashim bin Wan Mahmood - Beliau berumur 72 tahun dan berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Beliau telah diiktiraf sebagai Pengayuh Basikal Solo paling veteran mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak 7 kali. Beliau juga mempunyai 5 rekod daripada Malaysia Book of Record dengan rekod berbasikal sudah melebihi 65 000 KM

Namun begitu, bagi menjayakan ekspedisi ini, mereka turut memerlukan pelbagai peralatan penting iaitu:

  1. Passpot dan visa

  2. Tiket kapal terbang bagi negara yang tidak boleh dilalui melalaui jalan darat

  3. Basikal

  4. Alat ganti basikal

  5. Pakaian sesuai untuk cuaca sejuk dan panas

  6. Stok makanan kering

  7. Alatan bermalam seperti khemah dan beg tidur

  8. Alatan komunikasi pandu arah seperti GPS

  9. Alatan keselamatan berbasikal (safety vase, first aid kit, lampu hadapan dan belakang)

  10. Program pemerkasaan warga emas di rumah warga emas terpilih

Sokongan semangat dan sokongan kewangan amat diperlukan untuk mereka menjayakan misi mulia mereka ini

Jika anda ingin membantu empat orang warga emas ini untuk merealisasikan impian mereka, boleh hubungi Encik Che Saad bin Noordin di talian +6019-4920006.

Atau, anda boleh juga layari terus ke laman web NGOhub untuk mengetahui lebih info tentang ekspedisi ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda juga boleh menghulurkan bantuan untuk inisiatif seperti di bawah:

Leave a comment