[FOTO] Kompilasi 'Handwriting & The Face' Oleh Warganet Buat Ramai Teruja. Cantik Tulisan!
Ala, comel je buat macam ni. Tulisan cantik, orang pun cantik. :)
Ingat lagi tak bila kali terakhir anda menulis nota dengan penuh?
Pasti ramai yang sudah tidak ingat bilakah kali terakhir anda menulis bukan?
Mana tidaknya, bila sudah mula bekerja, kita lebih banyak dan kerap menggunakan komputer serta telefon pintar untuk mencatit nota. Maklumlah, lebih mudah dan cepat. Jika nak baca pun, boleh buka telefon serta-merta.
Baru-baru ini, di laman media sosial telah trending di mana pengguna Twitter menghantar hasil tulisan mereka bersama wajah masing-masing
Bukanlah untuk mengata tulisan seseorang itu akan cantik jika wajah mereka pun cantik. Ia bagi membuktikan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri ketika menulis, membuat nota dan sebagainya.
Tapi menarik juga challenge kali ini. Sekurang-kurangnya boleh lihat sendiri tulisan mereka. Memang cantik-cantik belaka.
Di bawah kami kumpulkan setiap tweet yang dikongsikan oleh warganet untuk challenge The Handwriting // The Face ini: