Kompilasi 'Abang Nampak Macam Boyfriend' Di Twitter Memang Tidak Mengecewakan. Comelnya!
Siapa yang rapat dengan abang masing-masing je boleh relate. :P
Sesetengah orang memang jenis yang rapat dengan adik-beradik daripada kecil sampai dewasa. Tolak tepi semua kawan-kawan, pilih adik-beradik terlebih dahulu.
Kebiasaannya anda akan jumpa adik perempuan dan kakak yang selalu rapat dalam keluarga. Mana tidaknya, mereka berkongsi bilik yang sama, barangan sama, tudung pun kadang-kadang pinjam tudung sesama sendiri, baju pun, make-up dan sebagainya.
Tapi jaranglah dapat jumpa abang rapat dengan adik dan dilayan pula mengalahkan GF. Comel pula rasanya.
"Wah, dating dengan awek..."
Ayat yang sering diterima oleh seorang pengguna Twitter @emeer_tw kerana dia terlalu rapat dengan adik perempuannya. Setiap kali keluar, memang nampak macam BF/GF!
Perkongsian yang ditulis di laman Twitter itu turut meraih sebanyak 12 ribu retweets dan 17 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Rata-rata pengguna Twitter yang lain turut bersetuju dengan perkongsian ini. Memang betul-betul nampak seperti mereka ini sedang berdating. Cute gila!
Lihat penuh di bawah:
Disebabkan adik perempuannya itu agak rendah, ramai yang berfikiran seolah-olah dia membawa budak sekolah keluar. Alamak!
Rajin betul siap layan adik untuk cari angle cantik bila tangkap gambar. Adik pula jenis manja nak berpegangan tangan.
Alolo...