"Anak, Salam Nak" - Gadis Hiba & Sesal Tidak Cium Tangan Ayahnya Buat Kali Terakhir

Sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah dan sayangilah mereka.

Hidup tanpa seorang ayah pasti sukar kerana ayah merupakan tempat kita bergantung dan mengadu malahan akan terasa tidak sempurna hidup tanpa seorang ayah

Akan sesekali terdetik rasa sedih, pilu, dan duka di hati apabila melihat kawan-kawan kita bersama ayah mereka dan pada saat itulah kita akan merasakan betapa kita memerlukan ayah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa terseksanya hidup tanpa ayah.

Image via Blog Basagita

Tetapi apakan daya, takdir telah menjemputnya dulu. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bersyukur kerana Allah SWT lebih sayangkan ayah. Ingatlah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Satu thread Twitter telah dikongsikan oleh pengguna @Solehahahah menceritakan kekesalannya tidak menyambut salam terakhir ayahnya telah mengundang sebak netizen.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Ekoran tidak mahu menyebabkan kesesakan lalu lintas, gadis itu 'menolak' salam ayahnya.

Namun tindakan tersebut telah menyebabkan dia merasa tidak sedap hati sehinggalah dia menerima berita buruk itu.

Sehingga ke hari ini, gadis itu kesal dengan tindakannya

Dia meminta orang ramai agar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahnya di samping menyeru orang ramai untuk jaga ibu bapa masing-masing

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa, hargailah dan sayangilah mereka.

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment