seismik

[FOTO] 'Kesiannya Doggo!' - Geng Chevron Selamatkan Anjing Sesat Tengah Laut. Terharunya!

"God bless these kinda people who do so much to save animals!" - Netizen.

Cover image via Twitter @zahrzikri

Pada 4 Disember yang lalu, satu perkongsian rangkaian tweet tular di mana @zahrzikri telah memuat naik gambar anjing sesat di tengah laut

Zahar turut memberitahu dalam tweet tersebut bahawa dia sendiri tidak tahu bagaimana anjing itu boleh tersesat di tengah-tengah laut. Sama ada dibuang atau hanyut sampai ke sana.

Ala, kesiannya. :(

Perkongsian tweet tersebut telah tersebar luas sehingga berjaya meraih sebanyak 11.9 ribu retweets dan 8.8 ribu likes ketika artikel ini ditulis

Luluhnya hati bila melihat haiwan ini tersesat di tengah-tengah laut. Bagaimanalah agaknya keadaannya sebelum ditemui dengan kesejukkan dan tidak tahu ingin ke mana?

Nasib baiklah ada geng-geng Chevron yang bertugas pada ketika itu. Mereka jugalah yang menyelamatkan anjing tersebut.

Terbaiklah! Mereka semua ini sememangnya manusia yang baik kerana sanggup menyelamatkan anjing itu walaupun sedang bertugas.

Anjing itu kelihatan tersenyum dan lebih ceria berbanding pada waktu baru ditemui.

Tersentuh pula bila tengok. :'(

Ramai warganet turut berterima kasih kepada setiap individu yang bekerjasama menyelamatkan anjing sesat ini.

Malah, mereka turut menyuarakan kejadian ini merupakan satu perkara yang buat mereka kagum.

Walau bagaimanapun, sehingga kini punca anjing tersebut telah sesat di tengah laut masih menjadi tanda-tanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Janganlah buat macam ni :(

You may be interested in: