seismik

Gara-Gara Pergi Tandas, Ayah Terkejut Anak Balik Sekolah Tanpa Kain Ini Curi Tumpuan Ramai

Rare betul adik ni sampai kain pun boleh hilang.

Cover image via @topekmt (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesi persekolahan 2022/2023 telah pun bermula pada hari Isnin yang lepas

Bukan sahaja anak-anak malah ibu bapa juga seronok nak memulakan fasa baru ini setelah sekian lama belajar secara dalam talian. 

Hal ini membuatkan ramai ibu bapa berkongsi pelbagai cerita lawak mengenai anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan di media sosial sebagai hiburan untuk semua. 

Sama seperti video yang dikongsi oleh seorang lelaki di TikTok berkenaan anaknya kehilangan kain sekolah telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak cakap kain hilang bila ditanya, rupa-rupanya tergulung dalam baju lupa nak turunkan lepas ke tandas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @topekmt, kelihatan lelaki itu memaparkan gambar anaknya yang lengkap berpakaian sekolah pada waktu pagi.  

Namun, semasa menjemput pulang, dia terkejut melihat anaknya itu berjalan keluar dari sekolah tanpa memakai kain. Apa yang lebih melucukan adalah apabila ditanya, anaknya pun tidak tahu ke mana hilangnya kain itu.

Rupa-rupanya, kain tersebut tergulung di dalam baju kerana anaknya terlupa nak turunkan selepas pergi ke tandas. 

"Ampun dik, mak cik tergelak. Apa-apa pun confident level kamu memang tinggi. Mak cik doakan kamu berjaya dunia dan akhirat" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 269.4K views, 15.5K likes dan 1,248K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian budak perempuan ini kehilangan kain sekolahnya. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, sakit perut gelak. Penat sangat ni belajar dekat sekolah sampai kain pun boleh lupa tergulung dalam baju :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: