seismik

Gara-Gara Tak Percaya Isteri Memandu, Si Suami Sampai Letak Tangan Dekat Handbrake Kereta

Mungkin suami dia nak berhati-hati.

Cover image via @dianadino76 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kaum perempuan sering dikaitkan dengan masalah memandu ketika di jalan raya

Ramai yang berpendapat bahawa kaum perempuan ini tidak begitu handal dalam memandu kerana pasti ada saja yang tidak kena di mata lelaki.

Tetapi, tidaklah semua perempuan begitu. Ada saja yang lebih handal dan cekap memandu berbanding kaum lelaki.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila si suami yang kelihatan sedikit takut ketika isterinya memandu meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dianadino76

nape ekk tangan tu suka duk kat handbrek

Kasih Orang Muda - Fahrenheit

Suami cuak sampai tak lepas letak tangan dekat handbrake

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu berada di dalam sebuah kereta untuk menuju ke lokasi yang tidak diketahui.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah semasa si isteri sedang memandu, tangan suaminya dilihat sentiasa berada di handbrake.

Mungkin kerana si suami takut dan bimbang sekiranya terjadi apa-apa semasa isterinya memandu. Malah, lelaki itu juga dilihat memberikan tumpuan penuh ketika sepanjang pemanduan isterinya.

"Saya pula jadi tiba-tiba tak pandai bawa kereta bila suami ada" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka apabila si suami menjadi penumpang. Malah, ada juga yang berkongsi sifat lain suami mereka ketika memandu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 74.7K views, 2,151 likes dan 610 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Muka dia pun serius je ya masa isteri tengah memandu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: