seismik

Gojek Dan Dego Ride Akan Dilancarkan Di Malaysia Bermula Januari 2020. Vroom Vroom!

Kedua-dua teksi motosikal ini akan melalui tempoh ujian selama lebih 6 bulan terlebih dahulu bagi mengkaji permintaan pelanggan terhadap servis tersebut.

Cover image via Analistics India Mag & The Malaysian Reserve

Seperti yang telah diura-urakan sejak beberapa bulan lalu, Malaysia bakal melancarkan teksi motosikal seperti Gojek dan Dego Ride bermula tahun hadapan

Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang menyatakan syarikat e-hailing permotoran Gojek Indonesia dan produk tempatan Dego Ride akan beroperasi di bawah projek perintis bermula Januari 2020.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke.

Image via The Sun Daily

Kedua-dua teksi motosikal ini akan melalui tempoh ujian selama lebih 6 bulan terlebih dahulu bagi mengkaji permintaan pelanggan terhadap servis tersebut. Selain itu, untuk tempoh percubaan, ianya dihadkan di Lembah Klang sahaja.

Antara syarat servis perkhidmatan tersebut ialah penunggang perlu berusia 18 tahun ke atas dan boleh membawa seorang pembonceng sahaja pada satu masa yang juga berusia tak kurang 18 tahun

Malah, motosikal yang digunakan juga tidak boleh melebihi usia lima tahun dan penumpang juga dijamin dengan insuran.

"Proof of concept (POC) juga akan membolehkan kerajaan dan syarikat terlibat mengumpul data, menilai kebolehan dan tahap permintaan serta servis-servis lain yang berkaitan," tambah Anthony Loke.

Untuk memastikan keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan turut sama terlibat dalam pelaksanaan undang-undang sebagaimana Akta Pengangkutan Jalan.

Image via Dream Indonesia

Tambahnya, kerajaan melaksanakan projek percubaan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa untuk undang-undang khusus diusul, dibentang serta diluluskan di parlimen.

Susulan daripada pengumuman itu, Grab Malaysia yang merupakan pengendali perkhidmatan e-hailing terbesar di Malaysia mengalu-alukan persaingan sihat yang bakal terjadi di antaranya dengan Gojek dan Dego Ride. 

Image via Twitter @GrabMy

Menarik! Korang akan gunakan tak servis teksi motosikal ini?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahu tak ada servis e-hailing khas untuk wanita?

You may be interested in: