seismik

Akhirnya, Pengguna Kini Boleh Guna Kad Debit & Kredit Untuk Bayar Tol Di Lebuhraya PLUS!

Kemudahan ini dianggarkan boleh digunakan akhir tahun ini.

Cover image via Malaysian Reserve

Sebelum ini ramai yang mengeluh akan kekurangan lorong tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG), lebih-lebih lagi pada musim perayaan

Image via Blog Mr. Jocko

Tambahan pula, kekurangan lorong tambah nilai ini telah mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, pengguna lebuh raya juga akan merasa leceh untuk singgah ke stesen petrol semata-mata hanya untuk menambah nilai kad TnG.

Bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan menerusi sistem PLUS RFID yang membolehkan akaun kad kredit, debit dan
e-dompet dipaut terus untuk proses pembayaran tol

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Image via Astro Awani

Sesudah proses naik taraf tersebut selesai akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.

Dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak lagi perlu bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.

Image via Plus RFID

“Salah satu daripada punca utama kesesakan di plaza tol sebenarnya berpunca daripada kaedah pembayaran di plaza tol itu sendiri sama ada pembayaran menerusi kad TnG atau SmartTAG yang disebabkan oleh masalah baki kurang yang menyebabkan palang tol tidak akan terangkat,” katanya

Image via Malaysian Times

“Justeru, melangkah ke hadapan, kami sedang pada peringkat untuk mewujudkan lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayaran dengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, PLUS kini juga sedang menaik taraf 1,400 video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di semua lebuh raya kepada kamera jenis definisi tinggi ultra (UHD)

Pihak PLUS akan menggunakan visual dari kamera untuk menunjukkan keadaan trafik terkini kepada pengguna dengan lebih jelas. Visual ini juga boleh diakses pengguna menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mereka melakukan perancangan sebelum melakukan perjalanan.

Image via Google

"Sebaik perisian analitik video ini dibangunkan sepenuhnya dan dipasang di semua CCTV di lebuh raya kami, syarikat akan memasangnya di semua 24 kawasan rehat dan rawat pula," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: