Guru Di Ghana Ajar 'Microsoft Word' Kepada Pelajar Tanpa Menggunakan Komputer. Salute!
Lukisan Microsoft Word yang persis dalam komputer. Memang hebat!
Di Malaysia, kebanyakan institut pembelajaran sudah pun menyediakan pelbagai kemudahan termasuk komputer untuk para pelajar belajar dengan mudah
Namun begitu, tidak semua negara di dunia mempunyai akses dan kemudahan seperti itu. Ada juga negara yang masih menggunakan papan hitam walaupun untuk kelas yang sepatutnya menggunakan komputer. Contohnya jika ingin belajar cara untuk menggunakan segala software yang ada.
Baru-baru ini telah viral tentang seorang guru di Ghana yang telah dikatakan mengajar Miscrosoft Word tanpa menggunakan komputer
Menurut laporan dari CNN, guru lelaki ini yang dikenali sebagai Richard Appiah Akoto, 33 mengajar subjek komputer di Betenase Junior High School di bandar Sekyedomase, Ghana.
Beliau telah melukis diagram yang cantik dan persis Microsoft Word yang sebenar seperti dalam komputer untuk mengajar muridnya menggunakan software tersebut.
Oleh kerana negara itu masih belum mampu untuk memiliki komputer di sekolah, cara yang dilakukan oleh Richard merupakan usahanya sendiri untuk memastikan anak muridnya tidak gagal dalam peperiksaan subjek itu.
Warna yang digunakan oleh Richard ketika melukis diagram itu juga adalah berlainan supaya mudah untuk difahami anak muridnya.
Menurut Richard, pelajarnya perlu lulus peperiksaan yang merangkumi soalan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), namun sekolah itu tidak mempunyai kemudahan komputer sejak 2011
"Saya sentiasa mahukan mereka mempunyai minat dalam subjek itu supaya saya boleh melakukan yang terbaik untuk mereka semua," kata Richard.
Beliau juga berkata kepada National Public Radio bahawa beliau mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melukis versi skrin komputer ke papan hitam sebelum bermulanya kelas tersebut.
Richard melalui laman Facebook miliknya telah menulis bahawa beliau menyayangi anak muridnya dan akan melakukan apa sahaja supaya mereka faham apa yang diajar
Tindakan Richard telah meraih perhatian orang ramai di media sosial termasuk seorang usahawan yang dikenali sebagai Rebecca Enonchong
Rebecca Enonchong telah menyuarakan pendapat melalui laman Twitter kepada Microsoft Amerika tentang cara Richard menggunakan produk mereka (Microsoft Word) tanpa menggunakan apa-apa akses, hanya papan hitam. Beliau juga menyarankan supaya Richard mendapat sumber yang sesuai untuk terus mengajar subjek tersebut.
Campur tangan Rebecca dipersetujui oleh Microsoft Amerika dan mereka membuat keputusan untuk membantu memberikan akses dan sumber yang sepatutnya kepada pelajar Richard
Menurut 100 lebih orang pelajarnya berkata mereka gembira dengan lukisan yang dilukis oleh Richard kerana ianya merupakan penjelasan yang simple dan mudah difahami oleh mereka.
Ini juga bukan kali pertama Richard telah menggambarkan teknologi di papan hitam. Beliau telah melukis monitor, system unit, keyboard, mouse, formatting toolbar, drawing toolbar dan pelbagai lagi.
Hebat betul Richard ni! Kudos untuk beliau kerana telah bersungguh-sungguh mengajar anak muridnya walaupun tanpa akses yang sepatutnya. :)