Habis Barang Niaga Kena Angkut PBT, Warga OKU Naik Berang Ini Cetus Perdebatan Ramai
Apa cerita pula ni?
Tanggungjawab sebagai peniaga seharusnya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
Hak penyitaan dan rampasan barang niaga oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi undang-undang seharusnya tidak dipandang enteng oleh para peniaga.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang warga OKU yang naik berang selepas barang niaganya dirampas oleh pihak berkuasa telah menjadi bualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tong barang jualan diangkat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @acikloywan di TikTok, dilihat gelagat seorang warga OKU yang mengamuk selepas barang-barang niaganya telah diangkut oleh pihak berkuasa.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah individu tersebut menganggap tindakan pihak berkuasa itu tidak adil kerana hanya barang niaga dia seorang sahaja yang dirampas.
Katanya lagi, dia turut kecewa dan beranggapan bahawa pihak berkuasa dengan sengaja mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana memegang status OKU.
"Kad OKU bukan lesen kak, kena cari tempat yang betul" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis video berkenaan yang kini telah meraih 1.5M tontonan, 41.4K tanda suka dan 2.6K komen di TikTok.
Rata-rata warganet mendoakan agar individu itu dimudahkan urusan perniagaannya. Malah, ada pula yang menegur supaya dia menjalankan perniagaan di lokasi yang telah disediakan.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!