seismik

Ramai Sangka Lelaki Ini Panggil Bomba Sebab Bola Tersangkut, Tapi Rupa-Rupanya

Nasib baik haiwan tu tak menyerang.

Cover image via @syaddadboomkp (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dikenang semula kenangan bermain bola sepak pada zaman kanak-kanak dahulu, pelbagai momen-momen lucu yang kekal dalam ingatan

Menunggu sehingga azan Maghrib baru pulang ke rumah adalah kenangan yang paling mencuit hati jika diingat kembali.

Lain pula yang terjadi pada video ini di TikTok berkenaan seorang remaja yang dilihat malu selepas dituduh memanggil bomba kerana bolanya tersangkut jadi perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@syaddadboomkp Haish menyusahkan betul lah si budak amzar niee sampai nak panggil abang bomba #bola #abangbomba #fypviral #fyp #fyp Tokei no Uta - Nonochan(Nonoka Murakata)

Abang bomba bantu keluarkan biawak dari longkang

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @syaddadboomkp di TikTok, dilihat gelagat beberapa pegawai bomba sedang mengeluarkan seekor biawak dari dalam longkang.

Apa yang lebih mencuit hati adalah pemilik akaun itu sengaja bergurau dengan seorang remaja lelaki di situ kerana bola sepaknya turut berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Reaksi warganet di komen turut menimbulkan pelbagai persoalan kerana agak mustahil jika pegawai bomba hanya datang sekadar ingin mengeluarkan bola dari longkang.

Lihat video lain di bawah:

@syaddadboomkp Replying to @ Biawak Buaya Biawak Buaya Biawak Buaya Biawak Buaya Biawak Buaya Biawak Buaya #bola #abangbomba #fypviral #fyp #fyp Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

"Kiranya bola tersangkut pastu panggil bomba ke? Seriuslah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 387.7K tontonan, 8.9K tanda suka dan 48 komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi remaja lelaki itu selepas dituduh panggil bomba kerana bola tersangkut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun terkejut kalau bomba datang sebab nak selamatkan bola :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: