Rumah Terpaksa Dirobohkan, Pemilik Diarah Keluar Bersama Anak Kecil Jadi Bualan Warganet
Apa yang jadi sebenarnya?
Pemilikan sesebuah rumah seharusnya mempunyai keizinan dan geran tanah yang telus
Iyalah, secara tidak langsung perkara ini dapat memastikan ahli keluarga dapat tempat tinggal yang selesa tanpa diancam.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan situasi pilu yang dihadapi oleh sebuah keluarga apabila rumah mereka terpaksa dirobohkan telah menjadi perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bertahun-tahun tinggal di rumah tersebut, terpaksa dikosongkan dan dirobohkan
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @bulat_legends di TikTok, dilihat suasana sedih seorang mak cik apabila rumahnya terpaksa dirobohkan dan barang-barang rumahnya dikeluarkan.
Menerusi kapsyen, dia menjelaskan bahawa kawasan tersebut merupakan tanah Lesen Kependudukan Sementara (LPS) di mana pemilik tidak dibenarkan membina rumah kerana ia dimiliki oleh pihak kerajaan.
Namun, suasana bertambah pilu apabila mak cik itu dilihat sangat sedih ketika sebuah kapal jengkaut merobohkan rumah pusara berkenaan.
Lihat video lain di bawah:
"Macam mana lah perasaan driver kapal jengkaut time ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.3M tontonan, 117.5K tanda suka dan 9.2K komen di TikTok.
Rata-rata netizen turut berduka cita di atas kesedihan yang dihadapi mak cik itu. Malah, ada pula yang merasakan perkara adil kerana pihak berkuasa mempunyai hak.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!