seismik

“Tutorial Cara Tawar Harga Murah” - Aksi Lucu Bapa Bodek Penjual Ini Bikin Dekah Ramai

Amboi, bukan main dia peluk-peluk.

Cover image via @adeeq_teha (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budaya tawar-menawar ketika berjual beli seperti sudah menjadi tabiat dalam masyarakat kita

Iyalah, bagi mendapatkan harga yang murah. Pelbagai teknik dan cara terpaksa kita lakukan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat lucu seorang bapa ketika berjual beli telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh di bawah:

@adeeq_teha abah nak beli coklat untuk anak and cucu cucu nyaaa… sampai macam tu mintak negoo, hahahahha #medinah #syurgaku #abahku bunyi asal - Adeeqteha

Membodek sambil memuji dan mengurut si penjual

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @adeeq_teha di TikTok, dilihat gelagat seorang lelaki dan penjual warga asing sedang melakukan tawar-menawar harga barang di sebuah kedai.

Apa yang lebih mencuit hati adalah lelaki itu sempat mengurut dan memeluk tubuh penjual itu bagi mendapatkan harga yang rendah.

Gelagat lucu lelaki itu turut membuatkan si penjual mengalah dan memberikan harga yang diminta.

"Pergh, ni level-level otai punya pujuk" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 379.4K tontonan, 26.9K tanda suka dan 595 komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu si bapa ketika membuat tawar-menawar.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min suka cara lelaki ni, tahu-tahu nanti terus save contact :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: