10 Jenis Hadiah Tipikal Yang Menjadi Pilihan Murid Untuk Hari Guru Sejak Dulu Lagi
Korang ingat lagi tak?
Setiap kali masuk bulan Mei, mesti semua orang mula pening nak cari hadiah. Mana tak nya, Hari Guru selang satu hari selepas Hari Ibu saja tau!
Kadang-kadang kelakar jugak bila tengok anak murid pening tak tahu nak beli apa untuk cikgu kesayangan mereka. Mana tak nya, dekat sekolah belajar sampai 10 subjek kalau beli hadiah lain-lain takut cikgu pulak yang terasa. Untuk mengelakkan kekeliruan dan drama, sebagai murid kenalah bersikap adil kan.
Ingat lagi tak waktu sekolah masa korang kecik-kecik dulu, apakah jenis hadiah yang korang selalu beli untuk Hari Guru?
1. Bunga Plastik
Yang ini memang tak boleh lari dari senarai, setiap tahun mesti ada kelab atau persatuan yang akan pergi dari kelas ke kelas untuk menjual bunga ini. Kalau dulu, sekuntum hanya RM2 saja tak tahulah sekarang ni dah naik berapa. Agak-agak, ada lagi ke yang beli bunga plastik untuk Hari Guru ya?
2. Mug
Setiap tahun mesti hadiah inilah yang akan jadi pilihan para pelajar semua kan! Tipu lah kalau korang tak pernah beli mug untuk cikgu. Kalau nak lagi special boleh buat design custom made baru lah cikgu hargai usaha dan masa yang korang luangkan untuk mereka.
3. Swan Kristal
Ingat lagi tak swan kristal ni? Selalunya kalau pergi bilik guru, mesti nampak banyak saja swan kristal ini elok tersusun atas meja. Tak tahu kenapa, tapi setiap kali Hari Guru, mesti hadiah ini menjadi pilihan orang ramai. Tak tahu apa fungsinya, mungkin kerana reka bentuknya yang cantik dan harganya yang murah buatkan ramai murid memilih hadiah ini.
4. Bekas pemegang pensel
Ini juga adalah antara hadiah yang digemari oleh para pelajar. Kalau yang rajin tu, mesti korang selalu buat D.I.Y kan, tapi sebab cikgu pun ramai borong saja lah untuk semua. Jimat masa, tak payah nak stress fikirkan lagi nak beli apa.
5. Bunga Ros Kaca
Kalau tadi ada bunga plastik, ni bunga ros kaca pulak. Memang ada banyak jenis bunga ros yang dijual khas untuk hari-hari penting ni. Tapi bunga kaca ni lagi mahal nak diabandingkan dengan bunga plastik, kononnya sebab dalam bekas kaca ini diisi dengan minyak wangi. Minyak wangi ini boleh dijadikan sebagai freshener dalam bilik ataupun kereta, tapi selalunya cikgu akan letak koleksi bunga kaca ini atas meja sebagai hiasan dalam bilik guru.
6. Coklat
Ini adalah antara hadiah kegemaran para guru, mana taknya dapat makanan pulak! Tak kisah lah apa jenis coklat, asalkan murah dan sedap dimakan. Hadiah coklat memang menjadi pilihan semua orang, tak payah risau cikgu tak suka sebab coklat memang kegemaran semua orang.
7. Magnet
Kalau dah buntu tak tahu nak beli apa, magnet lah jawabnya. Bukan saja harganya yang murah, tapi sebab senang nak cari. Boleh kiralah, kalau setiap tahun mesti magnet adalah antara hadiah favourite semua murid!
8. Frame
Selain magnet, frame pun menjadi pilihan hadiah Hari Guru. Salah satu sebabnya ialah harganya yang murah. Tak sampai RM10 pun. Maklumlah masih lagi bersekolah kan, duit belanja pun tak banyak sangat. Jadi, kenalah cari hadiah yang tak terlalu mahal. Lagi-lagi kalau nak belikan untuk cikgu setiap subjek pulak, memang kena pandai berjimat lah!
9. Buku Nota
Biasalah, kalau selalunya dalam kelas mesti cikgu selalu suruh salin nota sampai dua tiga muka surat setiap subjek. Jadi, sempena Hari Guru memang ramai yang suka tulis nota panjang khas untuk cikgu. Kadang-kadang tu bukan nota tentang pengorbanan yang dimasukkan, tapi surat cinta pun diselitkan sekali.
10. Kad Hari Guru
Kalau dah tak ada idea, ni adalah salah satu hadiah yang paling perfect untuk selesaikan masalah. Walaupun buat last minute tapi yang penting adalah usaha membuat kad hari guru secara D.I.Y. Biar pun tak cantik, janji niat dan makna membuat kad tu yang penting. Tapi ingat, jangan sampai salah eja nama cikgu pulak. Tak habis-habis kena gelak nanti.
Tak kisah lah apa-apa hadiah pun, janji korang semua hargai jasa dan pengorbanan mereka. Selamat Hari Guru kepada seluruh guru di Malaysia, terima kasih atas tunjuk ajar dan didikan mu!