Haze Lontar Pendapat Betapa Untungnya Individu Yang Masih 'Single'. Memang Deep!
Baca dan fahami. Ok?
Hampir semua orang pernah rasa bagaimana peritnya putus cinta dan patah hati bukan?
Apabila bercakap tentang putus cinta, terdapat pelbagai cara yang betul untuk mengatasinya. Contohnya, menangis, menghabiskan masa bersendiri, mendengar muzik, bersembang dengan keluarga, menonton filem, membeli-belah dan sebagainya.
Paling penting, jangan pernah berfikiran untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti melukakan diri sendiri, cuba untuk membunuh diri dan lain-lain perkara yang membahayakan.
Baru-baru ini, Hazeman Huzir iaitu seorang pengacara terkenal di sebuah stesen TV telah melontarkan pendapatnya mengenai isu seorang remaja mengelar tangan lepas putus cinta
Sungguh tidak disangka. Masih ada segelintir individu yang sanggup untuk melukakan diri sendiri selepas dirinya disakiti seseorang. Tindakan seperti ini kelihatan semakin berleluasa lebih-lebih lagi apabila gambar tangan yang dikelar itu dimuat naik di media sosial.
Hazeman Huzir atau lebih mesra dikenali sebagai Haze telah menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini. Betapa tidak berbaloinya jika seseorang melakukan perkara yang menyakitkan ini terhadap diri sendiri.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Jika patah hati, menangislah sepuas-puasnya...
Hati yang tersakiti selalunya tidak lama, hanyalah sementara. Jadi, sebelum berbuat apa-apa tindakan di luar kawalan diri sendiri, fikir terlebih dahulu apa pula yang akan berlaku di masa hadapan jika parut lama masih ada.
Tak salah pun kalau masih single sampai hari ini. Sebab orang yang single pun boleh merasai bahagia. Malah, lebih lagi.
Buat anda yang sudah berpunya dan ada kawan-kawan yang masih single, sentiasa bertanyakan khabar mereka
Semoga Allah permudahkan urusan mereka yang masih berjuang untuk memulihkan hati sendiri. Amin.