seismik

"Saya Bukan Malas, Saya Bersyukur" - Haze 'Balas' Kenyataan Tun M Tentang Isu Melayu Malas

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

Cover image via CNN Indonesia

"Melayu perlu ubah sikap untuk lebih rebut peluang pekerjaan," - Tun M

Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.

Image via Google

Baru-baru ini telah tular di media sosial setelah Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan orang Melayu supaya tidak beranggapan bahawa diri mereka adalah tuan di negara sendiri sekiranya mereka miskin dan terus menerus bergantung kepada belas kasihan orang lain.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut menegaskan bahawa mereka semua perlu merebut peluang pekerjaan yang kini lebih banyak dipegang oleh orang asing.

"Orang asing kini membanjiri negara kita dengan jumlah tujuh juta orang asing yang berada di negara ini dan masih bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu?" - Tun Mahathir

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mau Kerja

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, Tun M turut menyuarakan bahawa nasib kaum Melayu hanya akan ditentukan oleh mereka sendiri. Malah, dengan memarahi orang lain tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Selain itu, beliau menjelaskan walaupun jumlah orang kita bertambah besar, namun jumlah orang miskin masih tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang kaya.

Baru-baru ini, isu tersebut turut dibahaskan oleh seorang pengacara terkenal di sebuah stesen TV iaitu Hazeman Huzir atau Haze yang menyuarakan pendapat peribadinya

Hazeman Huzir

Image via Google

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 31 ribu retweets dan 19 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Menerusi komen-komen yang membalas tweet tersebut, ramai juga pengguna Twitter turut menyuarakan pengalaman masing-masing bagi membuktikan bahawa mereka telah bekerja keras demi mencari rezeki.

Dalam pada yang sama, mereka ingin membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun M sama sekali tidak benar.

Baca penuh di bawah:

Haze memberitahu bahawa dia bukanlah membantah kata-kata Tun M, tapi dia mempunyai pendapatnya sendiri

"Oh, stress pun boleh sakit rupanya..."

"Syukur ada kesihatan dan tak perlu bertuankan harta. Namun, hari ini saya bekerja tidak kuat, tidak malas. Hanya cukup." - Haze.

Sentap...

Haze turut memberikan kata-kata begitu bermakna dan lebih mudah untuk difahami bahawa setiap orang masih ada keluarga di rumah yang sentiasa menunggu

"Everyone is replaceable"

Oleh itu, janganlah tertekan dengan pekerjaan yang dilakukan. Sebaiknya, lakukan setiap perkara atau pekerjaan dengan bersederhana.

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: