Holiday Inn Kuala Lumpur Kini Secara Rasmi Dibuka Di Bangsar
Holiday Inn Kuala Lumpur di Bangsar menawarkan sebanyak 220 bilik yang sedia untuk ditempah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, Holiday Inn Kuala Lumpur kini dibuka secara rasmi di Bangsar untuk para pengunjung
Holiday Inn Kuala Lumpur menawarkan penginapan untuk urusan kerja dan bercuti dengan daya tarikan tersendiri yang moden kepada tetamu.
Sebagai sebahagian daripada IHG Hotels & Resorts, Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar direka untuk memberikan pengalaman unik yang sukar dilupakan kepada tetamu daripada semua peringkat umur.
Dengan hanya lima minit berjalan kaki dari stesen projek transit aliran ringan (LRT) Bangsar, menjadikannya sebuah tempat yang ideal untuk meraikan detik istimewa dengan orang tersayang atau berehat selepas menghadapi urusan seharian di ibu kota.
Selain itu, ia juga merupakan hotel Holiday Inn pertama di Kuala Lumpur yang memperkenalkan konsep lobi terbuka dengan ruang kontemporari, meriah dan mesra untuk berehat, bekerja serta bersosial.
Pengurus Besar Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar, Timothy Wong berkata, pihaknya mahu menjadikan hotel itu sebagai tempat tumpuan ramai untuk meraikan detik penting.
"Pasukan kami teruja untuk menawarkan persekitaran yang bukan sahaja menyenangkan, tetapi juga mesra kepada tetamu tempatan dan antarabangsa.
"Kami ingin memastikan tetamu mempunyai sebuah tempat untuk mencipta kenangan, menjamu selera dengan hidangan luar biasa, menikmati gabungan keselesaan dan fleksibiliti yang tiada tandingannya di Bangsar," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan hotel itu, baru-baru ini.
Ia dirasmikan Menteri Komunikasi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Sebanyak 220 bilik sedia untuk ditempah buat para pengunjung
Mengulas lanjut, Wong berkata, dengan 220 bilik yang direka untuk memenuhi keperluan masa kini, pihaknya mahu menjadikan hotel itu sebagai pusat untuk perhubungan, kerjasama dan perayaan.
"Selain lokasi, apa yang ada di dalamnya adalah yang paling penting. Kami mereka ruang yang melangkaui estetika, menawarkan fungsi dan keselesaan untuk setiap tetamu," katanya.
Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar juga menawarkan pelbagai jenis bilik untuk kegunaan mesyuarat dan acara perniagaan, dengan lima bilik mesyuarat yang fleksibel serta luas.
Bagi majlis yang lebih besar, dewan utama, Grand Podium menawarkan kapasiti sehingga 600 tetamu dan dilengkapi skrin LED format besar yang canggih, ideal untuk persidangan, seminar dan makan malam gala.
Hotel ini turut menawarkan pilihan tempat makan unik dengan Clover Restaurant yang terletak di tingkat 1, menyajikan pelbagai hidangan kegemaran Malaysia dengan tumpuan masakan dari negeri Perak.
Dengan adanya program Kids Stay & Eat Free yang sangat digemari ramai, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh menginap dan makan secara percuma menjadikan pilihan menarik untuk percutian keluarga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!