seismik

FeiDin Juara Terbuka India, Tamatkan Penantian 15 Tahun Negara Dalam Beregu Lelaki

Syabas dan tahniah buat FeiDin!

Cover image via AFP via Harian Metro

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani menamatkan penantian 15 tahun negara untuk muncul juara dalam Terbuka India 2025 hari ini

Menurut laporan Harian Metro, beregu lelaki profesional nombor satu negara itu membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila berjaya menumpaskan pasangan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Aksi konsisten yang dipamerkan beregu di ranking kedua dunia itu jelas sukar digugat pasangan dari pihak lawan apabila mencatatkan kemenangan 21-15,13-21, 21-16 dalam tempoh 53 minit.

Pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi itu menyaksikan beregu negara lebih menguasai gelanggang sekali gus mampu meraih kemenangan 21-15.

Pertemuan set kedua pula, pasangan Korea Selatan memperagakan aksi mantap apabila satu ketika meninggal jauh beregu negara sebelum mengesahkan kemenangan 13-21.

Namun, Sze Fei-Izzudin atau lebih dikenali sebagai 'FeiDin' memperbaiki corak permainan pada set penentuan sekali gus mengutip mata demi mata untuk memastikan takhta juara milik mereka dengan kemenangan 21-16.

Izzuddin (kanan) dan Sze Fei pamer aksi cemerlang pada kejohanan Terbuka India 2025.

Image via AFP

Kemenangan itu membolehkan FeiDin yang juga juara Terbuka China sebelum ini membawa pulang RM316,000 dari kejohanan Terbuka India

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di India Open adalah pada tahun 2010 yang dimenangi oleh Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2009.

Ini adalah pertemuan sulung bagi kedua-dua pasangan dengan Sze Fei-Izzudin dengan beregu Korea itu baru sahaja muncul juara di Terbuka Malaysia minggu lalu.

FeiDin membawa pulang RM316,000 dari kejohanan Terbuka India 2025.

Image via X

Tonton video di bawah:

More stories to read: