Fenomena Hujan Ais Mula Melanda Lembah Klang, Dua Kejadian Dirakam Di Lokasi Berasingan
Satu fenomena yang sangat jarang berlaku di Malaysia.
Semenanjung Malaysia kini sedang dilanda cuaca tidak menentu setiap hari, terutamanya di kawasan Lembah Klang
Sejak beberapa hari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim mengeluarkan amaran ribut petir dari masa ke semasa.
Cuaca tidak menentu seperti hujan lebat, guruh kuat, awan gelap, dan ribut petir dijangka berlangsung untuk beberapa hari lagi.
Semalam, seorang netizen Siti Nur Umira memuat naik dan berkongsi tentang satu fenomena yang mengejutkan ramai orang di Facebook
Menerusi post berkenaan, Siti Nur Umira berkongsi tentang fenomena hujan ais yang berlaku di luar rumahnya di Bukit Serdang.
Orang ramai terkejut kerana hujan ais bukanlah sesuatu yang sering berlaku di negara beriklim panas seperti Malaysia.
"Sebelum ini hanya tengok tempat orang saja mengalami hujan ais. Sekarang, hujan ais terjadi di Bukit Serdang pula," tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat hampir 350 shares ketika artikel ini diterbitkan.
Beliau turut memuat naik sebuah video pendek yang dirakam ketika hujan lebat berlangsung. Lihat di bawah:
Video ini jelas menunjukkan beberapa ketulan ais turun dengan sangat lebat mengiringi air hujan.
Bukan hanya di Bukit Serdang, rupa-rupanya hujan ais turut melanda di kawasan lain seperti Puncak Jalil di Seri Kembangan
Menerusi perkongsian Norlela Abdul Rahman, fenomena hujan ais tidak pernah sama sekali terjadi di Puncak Jalil.
Melihatkan keadaan sebegitu, ramai yang meluahkan rasa takut dengan perubahan cuaca yang berlaku sejak beberapa hari lepas
Apa-apa pun yang terjadi, berwaspadalah dan sentiasa berhati-hati. Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka. Amin.
Sama-sama kita tadah tangan memohon keselamatan.