seismik

"Impian Jadi Kenyataan" - Kumpulan Dolla Teruja Dapat Hiasi New York Times Square

Hebat!

Cover image via @dolla.official (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Nama kumpulan Dolla semakin popular dan dikenali dalam industri hiburan tanah air

Antara lagu yang mendapat sambutan ramai adalah ‘Watch me glow’ yang selalu dimainkan dicorong-corong radio dan telah meraih tontonan yang tinggi di YouTube.

Baru-baru ini kumpulan Dolla menjadi artis ketiga tanah air yang muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh kumpulan tersebut di laman Instagram mereka.

Lihat posting itu di bawah:

Tak sangka akan dapat hiasi papan iklan gergasi kota New York

Menerusi posting tersebut, Dolla meluahkan kegembiraannya dan berterima kasih kepada syarikat rakaman serta Spotify kerana memilih mereka untuk menghiasi papan iklan di sana.

“Dolla takes New York Times City Square. A dream come true (Dolla di New York Times City Square. Satu impian yang menjadi kenyataan),” tulis mereka.

Penampilan Dolla itu merupakan sebahagian daripada kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Sebanyak 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara dan Dolla sebagai wajah hadapan wakil bagi senarai lagu dari Malaysia dan Singapura.

Terdahulu, papan iklan New York Times Square pernah memaparkan wajah penyanyi Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu.

"Powerlah Dolla, make Malaysian proud" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira mereka buat kumpulan tersebut. Malah, ramai yang memuji muzik mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 23.7K likes dan 651 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:

Tahniah Dolla! Kami turut rasa bangga dan gembira untuk korang! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: