seismik

[VIDEO] Myvi Ini Tersangkut Atas Tebing Buat Ramai Tertanya-Tanya Macam Mana Boleh Berlaku

Macam mana dia boleh naik atas tu?

Cover image via @tankeryrvoverboost (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jenama kereta Perodua Myvi sering menjadi bualan ramai kerana banyak kejadian pelik yang dilakukan

Malah, ramai juga yang menggelarkannya ‘King of the road’ kerana pelbagai kebolehan yang dimiliki kereta ini. Kereta ini juga sangat diminati rakyat Malaysia kerana design dan harganya yang mampu milik.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah kereta Myvi tiba-tiba tersangkut di atas tebing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tankeryrvoverboost

Baru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….

original sound - tankeryrvoverboost

Lelaki jadi saksi sebelum Myvi terbabas ke tepi

Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah berkongsi kejadian yang baru saja berlaku di depan matanya.

Menurut sumber, Myvi berwarna putih generasi baru itu telah terbang sehingga melepasi longkang besar sebelum tersangkut.

Difahamkan Myvi berkenaan telang hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan. Tidak lama selepas itu dia dan orang awam mula membantu mangsa keluar dari kenderaan tersebut dan semuanya selamat dan dalam keadaan baik.

Kejadian itu ternyata telah membuatkan ramai netizen tertanya-tanya dan hairan bagaimana ia boleh berlaku sehingga tersangkut di atas tebing.

"Myvi memang tak pernah mengecewakan, kali ni dia test tebing pula" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruanga komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan pandangan mereka masing-masing mengenai kejadian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 276.9K views, 15.4K likes dan 1,179 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebat betul Myvi ni, longkang besar pun dia boleh lepas! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: