seismik

Individu Di Pulau Pinang Ini Terkejut Kena Bayar RM81 Untuk Harga Makanan Vegetarian

Pesta Sembilan Emperor Gods diperhatikan oleh penganut Tao, yang mengikuti diet vegetarian selama sembilan hari semasa perayaan itu.

Cover image via Facebook & Pinterest (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang rakyat Pulau Pinang berang apabila dia dikenakan bayaran RM81 untuk lima hidangan makanan vegetarian di kuil Sembilan Maharaja Dewa

Ekoran daripada itu ia telah mencetuskan perdebatan sama ada peniaga vegetarian mengaut keuntungan semasa perayaan tersebut.

Seorang individu telah berkongsi pengalamannya dalam Facebook. Lelaki berkenaan mengeluh bahawa dia telah ditipu semasa menjamu selera di sebuah gerai yang menyajikan makanan vegetarian.

Terkejut dengan harga makanan yang dijual

Difahamkan bahawa kuil itu sedang menjalankan ritual yang dikaitkan dengan Pesta Sembilan Emperor Gods, perayaan yang disambut oleh penganut Tao.

Dikenali sebagai Festival Vegetarian, difahamkan penganut berkenaan mengamalkan diet tanpa daging selama sembilan hari dan berdoa kepada Sembilan Maharaja Dewa, percaya bahawa kekayaan dan umur panjang akan dikurniakan kepada mereka.

Namun, kunjungan lelaki itu ke kuil itu bertukar kepada perkara tidak menyenangkan apabila dia dikenakan bayaran RM36 untuk tiga burger vegetarian, iaitu kira-kira dua kali ganda harga burger Ramly biasa.

Bagi nasi campur pula, dia dikenakan bayaran RM45 untuk dua hidangan nasi, empat hidangan kecil hidangan, dan empat botol teh lou han guo.

Posting berkenaan ternyata telah mendapat perhatian ramai yang memberikan reaksi mereka.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Facebook

Boleh tahan harga dia tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: